Thursday, June 21, 2012


Bersama rakan-rakan UMRAH


Suami dan ibu mertua

Indahnya Masjidil Haram dan Masjid Nabawi










Bersedia untuk ziarah

Thursday, May 3, 2012

Wednesday, February 22, 2012

Pendapat ulama mengenai kaedah mengkategorikan ayat Makkiyyah dan ayat Madaniyyah.

2. Pendapat ulama mengenai kaedah mengkategorikan ayat Makkiyyah dan ayat Madaniyyah.

2.1. Pengenalan.

Al Quran ialah ” Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw sebagai mukjizat yang termaktub di dalam mashaf, dipindah kepada kita secara mutawatir yang diibadatkan bacaannya dengan lafaz dan makna dari Allah melalui Bahasa Arab.”

Al Quran merupakan kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw secara berperingkat-peringkat menjadi panduan kepada seluruh umat manusia. Ulama membahagikan peringkat-peringkat penurunan ayat-ayat al Quran kepada dua bahagian iaitu ayat Makkiyah dan ayat Madaniyah. Dalam tempoh dua puluh tiga tahun itu, sebahagian ayat Al quran diturunkan di Makkah dan sebahagian lagi diturunkan di Madinah.

$ZR#uäöè%ur çm»oYø%tsù ¼çnr&tø)tGÏ9 n?tã Ĩ$¨Z9$# 4n?tã ;]õ3ãB çm»oYø9¨tRur WxƒÍ\s? ÇÊÉÏÈ

“Ertinya : Dan Al-Qur’an itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian” [Al-Israa : 106]

 
2.2.         Takrif ayat Makkiyyah dan ayat Madaniyyah.
 

Terdapat beberapa pendapat ulama mengenai kaedah mengkategorikan ayat makkiyyah dan ayat madaniyyah. Kaedah mengkategorikan ayat Makkiyah dan ayat Madaniyah ini dibuat berpandukan kepada aspek-aspek yang tertentu. Di antara kategori tersebut ialah, dari segi aspek masa penurunan ayat dan dari segi aspek tempat penurunan ayat, aspek pengkhususan (Khitab) penurunan ayat serta ciri-ciri tertentu yang terdapat pada ayat tersebut.

2.2.1. Aspek Masa Penurunan Ayat ( Mulahashatu Zamani Nuzul ) atau Teori Histari.

 

Pandangan ini berpendapat mana-mana ayat al Quran yang diturunkan sebelum Hijrah sama ada diturunkan di Makkah mahu pun di Madinah adalah ayat Makkiyah. Ayat-ayat yang diturunkan selepas penghijrahan Rasulullah saw ke Madinah dinamakan ayat atau Surah Madaniyah. Teori ini adalah bersandarkan kepada hadis riwayat Abu Amr dan Uthman bin Said al Darimi yang bermaksud, "Al Quran yang diturunkan di Makkah dan yang diturunkan dalam perjalanan ke Madinah adalah termasuk Makki. dan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dalam perjalanan setelah tiba di Madinah adalah termasuk Madani."

Pendapat yang masyhur dan majoriti kerana pendapat ini adalah menyeluruh dan tepat, tidak mempunyai percanggahan antara satu sama lain serta mendapat sokongan ulama yang masyhur iaitu Imam Bukhari Bukti asas pendapat-pendapat di atas dapat dilihat dalam ayat 3 Surah al Maidah. Ayat ini adalah termasuk dalam ayat Madaniyyah meskipun ayat tersebut turun kepada Nabi saw sewaktu haji Wada' di Arafah. Ayat ini dikategorikan sebagai ayat Madaniyyah kerana ayat ini diturunkan selepas penghijrahan Rasulullah saw ke Madinah.

$YYƒÏŠ N»n=óM}$# Nä3s9MŠÅÊuur ÓÉLyJ÷èÏRö öNä3øn=tæ àMôJoÿøCr&urNä3oYƒÏŠ t àMù=yJø.r&Pöquø9$#

”Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridlai Islam itu jadi agama bagimu” (QS. Al-Maaidah : 3).

Dalam Sahih Bukhari dari ‘Umar r.a. bahawa ia berkata : “Sungguh kami benar-benar mengetahui hari dan tempat diturunkannya (ayat) tersebut kepada Nabi saw. Ayat tersebut turun ketika baginda saw berada di ‘Arafah pada hari Jumaat”.

Ayat 58 Surah an Nisa diturunkan di dalam Kaabah semasa penaklukan kota Makkah tetap di kira ayat Madani kerana berlaku selepas hijrah.

* ¨bÎ) ©!$# öNä.ããBù'tƒ br& (#rŠxsè? ÏM»uZ»tBF{$# #n<Î) $ygÎ=÷dr& #sŒÎ)ur OçFôJs3ym tû÷üt/ Ĩ$¨Z9$# br& (#qßJä3øtrB ÉAôyèø9$$Î/ 4 ¨bÎ) ©!$# $­KÏèÏR /ä3ÝàÏètƒ ÿ¾ÏmÎ/ 3 ¨bÎ) ©!$# tb%x. $JèÏÿxœ #ZŽÅÁt/ ÇÎÑÈ

2.2.2 Aspek Tempat Penurunan Ayat atau Teori Geografi.

Pandangan kedua ini berpendapat, takrif bagi ayat al Quran sama ada ayat Makkiyah atau ayat Madaniyyah adalah berpandukan kepada tempat ayat tersebut diturunkan. Setiap ayat yang diturunkan di Makkah dan kawasan sekitarnya seperti Mina, Arafah dan Hudaibiyah adalah dikira sebagai ayat Makkiyah walaupun ayat tersebut diturunkan selepas peristiwa Hijrah. Bagi ayat-ayat yang diturunkan di Madinah dan sekitarnya seperti Badar, quba' dan Uhud adalah dikategorikan sebagai ayat Madaniyyah.

Kelebihan pendapat ini ialah hasil rumusan pengertiannya jelas dan tegas tentang menamakan ayat atau surah Makkiyyah ialah ayat atau surah yang diturunkan di Makkah meskipun ayat atau surah itu diturunkan selepas penghijrahan Nabi SAW ke Madinah.

Pendapat ini kurang tepat berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di kawasan al Asfar, Tabuk dan Baitul Maqdis yang tidak dapat dimasukkan dalam salah satu kategori tersebut. Ayat-ayat tersebut tidak dikira sebagai ayat Makkiyyah atau Madaniyyah.

 
 
 
 
 

2.2.3. Aspek Pengkhususan (Khitab) Penurunan Ayat ( Mulazhahatul Mukhatibiina Fi Nuzuli) atau Teori Subjek.

Setiap ayat al-Quran yang diturunkan khusus (al-Mukhatab) untuk penduduk Makkah dikira sebagai Makkiyah begitu juga bagi ayat yang ditujukan kepada penduduk Madinah, dikira sebagai ayat Madaniyyah. Pendapat ini merujuk kepada firman Allah iaitu,

- ayat yang bermula dengan يا أيها الناس dikira sebagai ayat Makkiyyah

- ayat yang bermula dengan يا أيهاالذين أمنوا dikira sebagai ayat Madaniyyah.

Perkaitan ayat ini adalah berdasarkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Makkah yang hidup dalam kekufuran dan masyarakat Madinah yang telah beriman.

menyebabkan ayat tersebut tidak tergolong dalam salah kategori Makkah atau Madinah.

Pendapat ini tidak menyeluruh dan mempunyai beberapa keraguan iaitu;

i. Terdapat banyak ayat yang tidak memulakan dengan sighah yang ditentukan tersebut yang menyebabkan ayat tersebut tidak tergolong dalam salah satu kategori Makkiyyah atau Madaniyyah.

ii. Terdapat sebahagian daripada ayat Madaniyyah yang diturunkan mempunyai sighah ayat-ayatMakkiyyah, begitu juga sebaliknya.

iii Al-Quran itu sendiri merupakan 'khitab' Allah bagi semua makhluknya.

2.2.4 Teori isi kandungan (Mulahazhatu Ma Tadammanat as-Suratu)

Teori ini berpandukan kepada kandungan analisa sesuatu surah atau ayat. Ayat atau surah yang memuatkan cerita-cerita umat dan para Rasul terdahulu dinamakan Makkiyah. Ayat atau surah yang memuatkan hukum-hukum hudud, faraid dan sepertinya dikategorikan sebagai ayat Madaniyyah.

Kelebihan teori ini adalah cii-cirinya yang jelas dan khusus serta ia mudah difahami. Pengkaji hanua melihat isi kndungan tertentu yang terdapat dalam ayat atau surah tersebut. Kelemahannya pula ialah pengkaji perlu terlebih dahulu mendalami isi kandungan yang terdapat dalam ayat atau surah untuk membezakan tanda-tanda ayat tersebut.

2.3. Ciri-ciri ayat Makkiyah dan Madaniyah serta contohnya.

Kaedah mengenalpasti ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah ialah melalui kaedah an-Naqli bermaksud sandaran melalui riwayat-riwayat yang sahih daripada kalangan para Sahabat Nabi dan Tabi'in. Kaedah kedua ialah melalui Metod al-Ijtihadi bermaksud sandaran melalui penelitian terhadap garis panduan ayat Makkiyyah atau Madaniyyah itu sendiri sebagaimana yang telah ditetapkan dan diputuskan para sarjana al-Quran.

2.3.1 Ciri-ciri ayat Makkiyyah.

1. Setiap surah yang mengandungi يا أيها الناس kecuali surah al Haj kerana ayat tersebut bermula dengan ciri-ciri ayat Madaniyyah, namun para ulama berpendapat ayat ini adalah ayat Makkiyyah iaitu pada ayat ke 77.

2. Ayat-Ayat Makkiyyah mengandungi kisah-kisah para nabi dan umat yang terdahulu. Dalam Surah Al A’raf ada menceritakan tentang kisah nabi Adam, nabi Nuh a.s., kisah Nabi Saleh, Kisah Nabi Syu’aib dan kisah Nabi Musa dengan Fir’aun.

3. Setiap surah yang dimulakan dengan huruf hija’iyyah melainkan surah al Baqarah dan Ali Imran. serta ikhtilaf pada surah al-Ra'd

4. Setiap surah yang mengandungi sajadah, seperti yang terdapat dalam surah as- Sajadah pada ayat 15.

$yJ¯RÎ) ß`ÏB÷sム$uZÏG»tƒ$t«Î/ tûïÏ%©!$# #sŒÎ) (#rãÅe2èŒ $pkÍ5 (#ryz #Y£Úß (#qßs¬7yur ÏôJpt¿2 öNÎgÎn/u öNèdur Ÿw šcrçŽÉ9õ3tFó¡o ) ÇÊÎÈ

5. Setiap surah yang mengandungi kisah Nabi Adam a.s. dan iblis kecuali surah al Baqarah.

6. Setiap surah yang mengandungi lafaz كلا , disebut sebanyak 33 kali dal 15 surah.

2.3.2. Ciri-ciri ayat Madaniyyah.

1. Ayat-ayat yang menjelaskan keizinan berjihad, berperang serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan kedua-duanya.

2. Ayat-ayat yang mengemukakan dialog-dialog dengan ahli kitab, termasuk ajakan mereka memeluk dan menerima ajaran Islam.

3. Ayat yang mengutuk dan mengentam sifat-sifat dan watak-watak orang-orang munafik kecuali surah al Ankabut.

4. Ayat yang menjelaskan persoalan hukum-hukum seperti hukum-hukum jenayah, hudud, faraid, civil kemasyarakatan dan kenegaraan.

ä-Í$¡¡9$#ur èps%Í$¡¡9$#ur (#þqãèsÜø%$$sù $yJßgtƒÏ÷ƒr& Lä!#ty_ $yJÎ/ $t7|¡x. Wx»s3tR z`ÏiB «!$# 3 ª!$#ur îƒÍtã ÒOŠÅ3ym ÇÌÑÈ

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Surah al-Maidah ayat 38

2.4. Penutup

Abu al Qasim al Hasan bin Muhammad bin Habib al Naysaburi menyebut dalam kitabnya al Tanbih 'Ala Fadli 'Ulum al Quran bahawa "Mempelajari kepentingan kedudukan ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah dalam al Quran merupakan salah satu dari ilmu-ilmu al Quran yang tinggi martabatnya. Mempelajari cara mengenali ayat Makkiyyah dan Madaniyyah dapat membantu golongan Mufassirun dalam mentafsir al Quran dengan penafsiran yang tepat dan sahih. Seseorang Islam juga dapat meningkatkan keyakinan terhadap kesucian dan kemurnian al Quran dengan mempelajari cara mengenali ayat Makkiyyah dan Madaniyyah.