Tuesday, December 7, 2010

PERKAHWINAN DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI

1.0. Tangunggjawab suami terhadap isteri.

Pengenalan.

Institusi perkahwinan melengkapkan tabie kejadian manusia iaitu lelaki dan perempuan saling memerlukan antara satu sama lain. Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan,iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama,bukannya nafsu semata-mata.Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat,masa,cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia.

Sebuah rumahtangga merupakan satu unit kecil dalam masyarakat yang dianggotai oleh suami, isteri kemudian anak-anak. Suami merupakan ketua yang akan memimpin dan mencorakkan sesebuah rumahtangga. Untuk melahirkan sebuah perkongsian hidup yang benar-benar bahagia maka Allah SWT sendiri menggariskan beberapa kewajipan atau tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh suami terhadap isteri.

1.1 Memberi mahar atau mas kahwin kepada isteri.

Mas kahwin atau mahar (Arab: مهر) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Dalam masyarakat Melayu, ia disebut sebagai mas kahwin, mungkin merujuk kepada pemberian dalam bentuk cincin emas. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah.

Hukum memberi mas kahwin kepada isteri terkandung dalam Surah an-Nisa, ayat 4.

4. Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan[267]. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, Maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.

Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.

1.2. Memberikan nafkah dalam bentuk harta benda kepada isteri

Suami hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya.Menjadi kewajipan bagi suami mencari nafkah yang halal untuk isteri dan keluarganya. Menyediakan keperluan asas kepada isteri iaitu, makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.

Firman Allah

…….dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. …..

(Al-Baqarah:233)

Suami boleh memberikan wang yang secukupnya kepada isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum.Suami mestilah menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam tidak menentukan kadartertentu dan tidak ada penentuan yang khusus,ia bergantung kepada pendapatan serta keadaan taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.

Nafkah zahir kepada isteri merupakan tempat tinggal yang selayaknya yang memberi keselesaan dan keamanan. Selain itu keperluan hidup iaitu makanan, pakaian dan peralatan yang munasabah dan selayaknya menurut kemampuan suami, sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“Dan wajib ke atas kamu memberikan mereka (isteri-isteri) rezeki mereka dan pakaian mereka dengan baik. Tempatlah mereka di mana kamu bertempat tinggal mengikut kemampuanmu.”

1.3. Suami adalah pelindung isteri dan anak-anak.

Sebagai ketua keluarga yang merupakan pelindung isteri dan anak-anak suami bertanggungjawab menguruskan segala urusan dengan sebaik-baiknya di samping menggembirakan isteri serta bersegera membantu isteri jika sakit, dengan menguruskan rawatan perubatan yang secukupnya. Suami juga berkewajipan berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha agar kehidupan keluarganya berada dalam keadaan selesa.

Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.

Firman Allah

34. Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah Telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. …….

(An-Nisa’:34)

1.4. Memberikan nafkah batin kepada isterinya

Nafkah batin pula ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks kepada isteri.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

222. Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri[137] dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci[138]. apabila mereka Telah suci, Maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.

1.5. Memberi layanan yang baik kepada isteri.

Suami juga perlu memberi layanan yang baik terhadap isteri, tidak berlaku kasar kepada isteri. Sekiranya isteri melakukan kesalahan, suami hendaklah menegur kesalahan isteri dengan cara yang berhemah. Suami juga perlu sentiasa menasihati isteri dengan cara yang lemah lembut.

Sabda Nabi yang lain:

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)

1.6. Memberi didikan agama kepada isteri.

Sebagai ketua keluarga dan pemimpin kepada isteri, suami bertanggungjawab memberikan didikan dan bimbingan agama kepada isteri. Sekiranya seorang suami tidak mampu memberi didikan agama kepada isteri disebabkan kurang ilmu agama, suami perlu mengizinkan isteri untuk mengikuti kelas-kelas agama atau mengupah seorang guru mengajar isteri tentang ilmu fardu ain.

Melalui pendidikan agama yang diberi kepada isteri ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

6. Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka …….

Surah at Tahrim ayat 6

1.7. Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.

Menjadi tanggungjawab suami untuk memberi perlindungan kepada isteri daripada sebarang ancaman atau bahaya. Ini disebabkan isteri merupakan amanah kepada suami. Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan.

1.8. Bersikap adil terhadap isteri.

Seorang suami yang berkahwin lebih dari satu ( berpoligami ) wajib bersikap adil kepada isteri-isterinya. Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.

Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.

1.9. Melayan dan menggauli isteri dengan baik.


Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.

1.10. Menjaga hati dan perasaan isteri.

Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh isteri dengan menjadi pendengar yang baik kepada isteri. Suami juga perlu meluangkan masa untuk bersama isteri sebagai menghargai kehadiran isteri sebagai pasangan hidupnya.

1.11. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.

Seorang isteri mempunyai berbagai kelebihan dan kelemahan. Diantaranya:

a. Mudah lupa dalam mengingati Allah, kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.

b. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya.

c. Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain

Suami hendaklah bersabar dengan sikap dan kekurangan yang ada pada isteri dan perlu cuba sedaya upaya mengatasi kelemahan isteri dengan menasihati isteri dengan cara yang lemah lembut. Suami perlu tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan.

2.0 Penutup

Apabila suami berjaya menunaikan tanggungjawab mereka, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami ni ditetapkan oleh Islam sebagai peraturan yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

3.0 Banding beza di antara adat dan syara’ dalam majlis pertunangan.

Adat

Aspek

Syara’

Cincin digunakan sebagai tanda merisik iaitu disebut “cincin tanya”. Menunjukkan pihak perempuan telah bersetuju untuk menerima pinangan pihak lelaki. Amalan yang dilakukan oleh masyarakat sekarang ialah dengan cara yang asing dalam budaya Islam seperti berbual melalui telefon, internet bersemuka antara lelaki dan perempuan untuk mengenali antara satu sama lan.

1.Merisik atau meninjau

Sebelum seorang pemuda meminang seorang perempuan, ia hendaklah mengetahui serba sedikit tentang wanita tersebut.. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang.Cara seperti ini adalah dibenarkan dalam Islam.

Adat meminang dijalankan oleh pihak lelaki mengikut adat kebiasaan sesuatu tempat. Biasanya bagi masyarakat Melayu, upacara meminang mesti disertai dengan membawa cincin sebagai tanda pertunangan.

Peminangan diiringi oleh hadiah-hadiah yang lain kepada bakal pengantin perempuan, seperti kain, peralatan solat atau

kasut, gula-gula, buah-buahan,

2.Meminang

Meminang bukan bid'ah agama melainkan ia disebut dalam nas. Dalilnya: alHadith
(sesungguhnya di antara keberkatan seorang wanita ialah kemudahan dalam meminang-nya) HR Ahmad, dihasankan oleh al-Albani dalam Sahih alJami'/2231
Upacara meminang ini adalah bersesuaian dengan syara’.

Adat

Aspek

Syara’

Majlis pertunangan dalam adat Melayu adalah majlis yang telah dipersetujui pihak lelaki dan perempuan selepas adat merisik.

Majlis pertunangan disertai dengan kenduri dan pihak keluarga perempuan biasanya menjemput saudara mara dan jiran dekat untuk hadir.

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Majlis diiringi bacaan doa dan sedikit jamuan.

3.Majlis pertunangan

Amalan bertunang didalam Islam dipanggil khitbah dan ianya sama sekali tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Hadis Rasulallah saw yang mafhumnya: " tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain

Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.

4.Majlis menyarung cincin

Tidak terdapat acara menyarung cincin semasa majlis pertunangan dalam Islam. Ini adalah kerana meminang dalam Islam bermaksud seorang lelaki menyatakan keinginannya untuk mengahwini seorang wanita.

Adat

Aspek

Syara’

Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.Mengikut adat masyarakat Melayu, hantaran semasa pertunangan merupakan sesuatu yang sangat penting. Hantaran yang diberi adalah dalam bilangan ganjil iaitu tujuh

atau sembilan dulang. Persembahan hantaran pula mesti mesti mengandungi sirih junjung dan cincin untuk disarungkan ke jari perempuan yang ingin dipinang

5.Hantaran.

Dalam Islam, hantaran hadiah pertunangan bukanlah sesuatu yang diwajibkan, tetapi adalah harus memberi hadiah semasa majlis pertunangan selagi tidak melanggar batas-batas agama dan tidak menyusahkan kedua belah pihak.

4.0 Perbezaan di antara adat dan syari’at dalam perkahwinan.adat dan syara’ dalam perkahwinan

Adat

Aspek

Syara’

Di Malaysia pemberian mahar diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk wang ringgit yang kadarnya berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain.

Di beberapa negeri yang tidak ditetapkan nilai mas kahwin (terengganu dan kelantan), duit hantaran (yang jumlahnya ribuan ringgit) selalunya dijadikan mas kahwin.

1.Mas kahwin

Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian,Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah.

Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan pada malam sebelum majlis perkahwinan diadakan atau pada waktu pagi. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah (biasanya putih atau cream). Lazimnya majlis berzanji dan

majlis khatam al-Quran diadakan di rumah pengantin perempuan.

2.Akad nikah

Akad nikah merupakan satu acara yang paling penting dan wajib dalam perkahwinan orang Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya..

Ooooooooooooooo

Adat

Aspek

Syara’

Mengikut adat masyarakat Melayu, hantaran semasa majlis perkahwinan adalah sesuatu yang penting bagi melengkapi majlis tersebut. Wang hantaran yang telah ditetapkan dan dipersetujui dua belah pihak.

Bagi masyarakat Melayu sekarang, mereka berbangga dengan jumlah wang hantaran yang tinggi serta barang-barang hantaran yang mahal dan berjenama.Hantaran perkahwinan juga diiringi dengan sirih junjung.

3.Hantaran perkahwinan

Hantaran merupakan pemberian (hibbah) yang diberikan oleh bakal suai yang tidak terbatas jumlahnya yang bergantung kepada kerelaan hati. Hantaran wang, pakaian dan sebagainya diharuskan dalam Islam selagi tidak membebankan pihak lelaki.

Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari

Majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai pakaian pengantin, dan akan disandingkan di atas pelamin. Kehadiran pengantin lelaki akan diiringi dengan paluan kompang.

4.Majlis perkahwinan atau walimatul urus

Mengadakan majlis perkah-

winan adalah disunatkan dalam Islam bertujuan menghebahkan perkahwinan tersebut kepada masyarakat supaya tidak timbul fitnah.

Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Siarkan (hebahkan) nikah ini dan adakan di masjid dan pukullah rebana.
Riwayat Ahmad dan Tarmizi.

nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Adat

Aspek

Syara’

Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat.

Berinai curi – diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.

Berinai kecil – diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

Berinai besar – diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.

Selepas adat berinai besar dilakukan, selalunya pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.

5. Berinai

Berinai adalah salah satu amalan semasa perkahwinan. Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi saw tidak menegahnya, malah menyuruhnya, dari Aisyah ra :

”Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda,” jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dgn inai).” (Abu Daud, 4166) dan (an-Nasa’iy 5092)

Adat

Aspek

Syara’

Bersanding merupakan adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dalam majlis perkahwinan.

Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan.

Tetamu kehormat yang hadir biasanya akan diberikan peluang untuk melakukan upacara ini. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur atau hadiah saguhati sebagai mengingati upacara kahwin dan terima kasih kerana sudi datang.

6. Bersanding

Adat bersanding tidak ada dalam syariat Islam.

Ustaz Syed Salim bin Syed Hussin dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM berkata demi meraikan adat, Islam membenarkan per- sandingan dengan

meletakkan beberapa syarat

iaitu hendaklah disandingkan secara tertutup di hadapan muhrim atau keluarga terdekat dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat sahaja.

5.0 Penutup.

Tiada sebarang sebab upacara perkahwinan dilarang dalam Islam, namun pelaksanaannya sahaja yang perlu diberi perhatian agar selari dengan lunas-lunas yang ditetapkan Islam. Islam bukan sesuatu agama yang memberati para penganutnya dalam melayari arus kehidupan di dunia ini. Islam secara mudahnya merupakan agama yang diwahyukan untuk semua jenis manusia yang terdapat di atas muka bumi ini. Justeru itu, Islam tidak pernah melarang sama sekali para penganutnya daripada mengamalkan kebudayaan dan kesenian yang terdapat dalam setiap bangsa. Namun, perlu difahami bahawa setiap amalan yang dipraktikkan itu perlu selaras dan selari dengan syariat Islam. Begitu jugalah halnya dengan isu perkahwinan dalam masyarakat Melayu. Ia boleh dilakukan dan diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

Wednesday, November 24, 2010

Tuesday, September 28, 2010

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Tilawah al Quran

1. Huraikan kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi hasil pembelajaran aras satu, aras dua dan aras tiga di dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah Al- Qur’an.

1.0 Pendahuluan.

Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran. Kaedah-kaedah ini digunakan bertujuan memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam Tilawah al-Quran iaitu membaca, menghafaz dan memahami ayat-ayat al-Quran.. Bagi memastikan hasil pembelajaran mengikut aras tercapai, guru perlu bijak dalam memilih kaedah yang sesuai dengan tahap pelajar. Penggunaan kaedah yang pelbagai juga dapat menimbulkan minat pelajar untuk membaca, menghafaz dan memahami al-Quran.

2.0 Talaqqi musyafahah.

Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktikkan oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”. Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.

2.1 Talaqqi.

Talaqqi pada istilah ialah pertemuan antara guru dan pelajar secara bersemuka atau berhadapan. Semasa menyampaikan pengajaran asuhan tilawah al-Quran bahagaian bacaan dan hafazan, guru berhadapan dengan pelajar sama ada seorang dengan seorang atau guru berhadapan dengan pelajar mengikut kumpulan atau secara kelas.

Kaedah ini amat berkesan kerana guru dapat mengesan pelajar yang mempunyai kebolehan yang tinggi dalam bacaan atau hafazan juga dapat mengesan pelajar-pelajar yang lemah dan tidak dapat menguasai bacaan al-Quran. Melalui kaedah talaqqi ini, guru dapat memperbaiki setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar seterusnya dapat membantu pelajar yang tidak dapat menguasai bacaan al-Quran dengan mengadakan kelas pemulihan.

2.2 Musyafahah.

Musyafahah pada bahasa : gerakan bibir atau sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir.

Musyafahah dari segi istilah bermakskud guru menyebut huruf dan kalimah dalam ayat al-Quran dengan memberi penekanan kepada gerakan bibir, pergerakan bibir guru yang diperhatikan oleh pelajar semasa mengajar bacaan al Quran. Aktiviti ini bertujuan untuk menyebut dengan fasih dan betul di hadapan pelajar supaya pelajar dapat mencontohi sebutan guru berdasarkan pemerhatian mereka kepada gerak bibir guru. Guru boleh mengulang-ulang sebutan kalimah atau ayat al-Quran dengan meminta pelajar memerhatikan dengan guru membetulkan sebutan tersebut.

Pelajar menerima pengajaran dengan mendengar sebutan guru dan melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya. Kaedah ini bermaksud pelajar mendengar bacaan guru sambil memerhatikan pergerakan bibir guru semasa menyebut kalimah atau ayat al Quran. Seterusnya, pelajar membaca seperti guru membaca di samping guru membetulkan sebutan dan bacaan pelajar

2.3 Cara melaksanakan kaedah talaqqi dan musyafahah.

Kaedah talaqqi dan musyafahah dilaksanakan dengan cara guru berhadapan dengan pelajar atau bersemuka. Guru akan memperdengarkan bacaan ayat al Quran sebagai bacaan contoh dan meminta pelajar mendengarnya dan memerhati pergerakan bibir dengan teliti. Setelah bacaan itu diulang oleh guru beberapa kali, guru meminta pelajar membacanya dan guru mendengar dengan teliti dan membetulkan kesalahan bacaan pelajar sama ada dari segi makhraj dan hukum tajwid. Kaedah ini berjalan berterusan sehingga tamat surah al Quran mengikut rancangan mengajar guru pada hari itu.

Cara bersemuka sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.

2.4 Aplikasi Kaedah Talaqqi dan Musyafahah.

Aplikasi kaedah Talaqqi dan Musyafahah bagi hasil pembelajaran aras satu. (Ayat bacaan)

Hasil pembelajaran aras satu disasarkan kepada semua pelajar yang terdapat dalam kelas, merangkumi semua tahap pencapaian pelajar iaitu lemah, sederhana dan pandai. Bagi mencapai hasil pembelajaran aras satu, menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah, guru memulakan pengajaran dengan membaca ayat-ayat bacaan al-Quran.

- Guru memperdengarkan bacaan al-Quran dari bacaan guru sendiri supaya pelajar dapat memerhatikan pergerakan bibir dan sebutan guru.

- Guru mempamerkan ayat-ayat dari surah yang diajar melalui LCD, kad carta atau kad manila. Setelah mempamerkan ayat-ayat tersebut, guru membaca ayat-ayat tersebut dan meminta pelajar mengikut bacaan guru.

- Guru meminta pelajar membaca ayat secara kelas, kumpulan dan individu. Semasa pelajar membaca ayat, guru perlu memerhati dan mendengar dengan teliti sebutan pelajar untuk mengesan pelajar yang dapat membaca dan pelajar yang masih belum boleh menguasai bacaan.

- Guru mengumpulkan pelajar dalam kumpulan kecil bertujuan membimbing mereka membaca dengan bacaan yang betul dari segi sebutan dan tajwid. Guru membaca, pelajar diminta memerhati gerak bibir guru kemudian mengikut bacaan guru. Guru membetulkan bacaan pelajar sekiranya terdapat kesalahan dalam sebutan dan tajwid.

Melalui kaedah ini, hasil pembelajaran aras satu dapat dicapai oleh guru dengan berkesan kerana pelajar dapat membaca ayat al Quran dengan betul mengikut sebutan guru. Guru juga dapat membetulkan sebutan dan bacaan pelajar semasa menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai hasil pembelajaran aras satu, guru perlu memastikan semua pelajar dapat membaca ayat yang diajar oleh guru pada hari tersebut.

Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras dua. (Ayat bacaan)

Bagi mencapai hasil pembelajaran aras dua, (pelajar mampu menghafaz ayat dengan betul dan fasih) guru boleh menggunakan kaedah talaqqi musyafahah ini dengan berpandukan kepada beberapa langkah semasa menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.

- Guru memaparkan ayat-ayat al Quran di carta atau di LCD, kemudian guru membaca ayat tersebut. Guru meminta pelajar memerhati gerak bibir guru di samping pelajar melihat ayat yang tertera di LCD.

- Guru meminta pelajar membaca ayat di LCD sambil guru meneliti bacaan pelajar dari segi sebutan atau makhraj dan tajwid.

- Setelah guru berpuas hati dengan mutu bacaan pelajar guru meminta pelajar membaca ayat-ayat tersebut di hadapan kelas.

- Guru perlu memastikan pelajar dapat membaca ayat dengan betul dan fasih.

- Guru boleh menguji pelajar dengan meminta mereka membaca di hadapan kelas atau di hadapan guru.

Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat bacaan).

Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras tiga (pelajar mampu membaca ayat dengan bertajwid), guru boleh menyampaikan pengajaran dan pembelajaran mengikut langkah-langkah tertentu.

- Guru memperdengarkan kepada pelajar ayat bacaan atau ayat hafazan melalui CD. Guru meminta pelajar memerhati ayat tersebut di mushaf al Quran serta mengikut bacaan secara perlahan.

- Guru mengulang beberapa kali bacaan ayat tersebut sehingga pelajar dapat menguasai ayat tersebut. Guru meminta pelajar membaca ayat tersebut secara kumpulan dan individu.

- Guru meminta pelajar yang telah betul bacaannya dari segi makhraj dan tajwid, memperdengarkan bacaan di hadapan kelas.

3.0 Kaedah Latih Tubi

Kaedah latih tubi adalah satu aktiviti pengulangan fakta atau ayat atau kecekapan yang dipelajari. Tujuan kaedah ini digunakan adalah supaya pelajar mencapai taraf penguasaan bacaan dan hafazan di samping menjamin kekekalannya dalam ingatan pelajar. Pelajar dapat menyebut dengan fasih dan seterusnya dapat melancarkan bacaan mereka dalam al-Quran. Oleh yang demikian kaedah latih tubi ini amat sesuai bagi mereka yang baru belajar al-Quran, malah kaedah ini sememangnya telah diperaktikkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. Saidatina ’Aisyah telah meriwayatkan hadis yang bermaksud :

Rasulullah s.a.w. suka mengulang-ulang suatu perkara kepada para sahabat sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar.

Melalui kaedah ini, pelajar dapat menguasai kemahiran bacaan dan mengingat serta menghafaz ayat al Quran yang telah dipelajari. Pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih berkesan sekiranya kaedah ini dilakukan secara berturutan dan berulang kali. Kesesuaian kaedah latih tubi ini dilaksanakan dengan ulangan sebanyak tiga kali. Saidatina ’Aisyah r.a. meriwayatkan sebuah hadis lagi yang bermaksud:

Rasulullah s.a.w mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu-satu ayat dan kadangkala satu masalah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. diulang sebanyak tiga kali agar para pendengar cukup jelas untuk memahaminya.

Kaedah latih tubi sangat sesuai digunakan oleh guru kerana melalui kaedah ini guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap pelajar. Kaedah ini juga sangat berkesan untuk pengajaran tilawah al Quran bahagian hafazan dan boleh digunakan untuk aktiviti pemulihan bagi pelajar yang tidak menguasai ayat bacaan dan hafazan. Kaedah latih tubi juga dapat membina keyakinan pelajar untuk menguasai bacaan al-Quran dan menghafaz ayat-ayat yang diajar guru.

3.1 Aplikasi Kaedah Latih Tubi dalam pengajaran.

Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras satu. (Ayat hafazan)

- Guru menayangkan LCD yang mengandungi ayat-ayat al Quran yang akan dipelajari. Guru membaca ayat tersebut tiga kali dan meminta pelajar mendengar bacaan guru dengan teliti kemudian mengikut bacaan guru.

- Guru meminta pelajar mengulangi bacaan tiga kali secara kelas dan kumpulan. Untuk menarik minat pelajar, guru memperdengarkan bacaan al Quran oleh qari yang terkenal dari cakera padat.

- Guru menggunakan pita rakaman untuk merakam bacaan pelajar kemudian guru memperdengarkan bacaan tersebut kepada pelajar

- Guru membetulkan kesalahan pelajar dan meminta mereka membaca secara latih tubi hingga dapat menghafaz ayat dengan betul.

Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras dua. (Ayat hafazan)

- Guru meminta pelajar membaca ayat secara kelas dan kumpulan. Guru menyoal pelajar tentang hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca melalui LCD. Guru menerangkan hukum tajwid yang masih belum dipelajari kepada murid dan menerangkan cara bacaan bagi hukum tersebut.

- Pelajar membaca ayat mengikut guru dengan bacaan bertajwid yang betul. Pelajar diminta membaca ayat tersebut secara latih tubi iaitu berulang-ulang sebanyak tiga kali.

- Guru meminta pelajar menghafaz ayat secara individu. Guru perlu memastikan pelajar dapat menghafaz ayat dengan betul dan bertajwid.

Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat hafazan)

- Guru meminta pelajar membaca ayat yang dipaparkan di LCD, pelajar membaca secara kumpulan mengikut tahap pelajar.

- Pelajar dalam kumpulan berlatih tubi menghafaz ayat secara berpasangan berperingkat-peringkat bermula dengan satu ayat, sehingga dapat menghafaz dengan betul dan fasih.

- Guru meminta pelajar dari kumpulan pandai membaca ayat dengan bertajwid dan meminta pelajar menyebut nama hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca.

- Guru meminta pelajar menghafaz ayat seorang demi seorang membaca di hadapan guru. Guru perlu memastikan pelajar menghafaz ayat dengan makhraj yang betul dan bertajwid.

4.0 Kaedah Tasmik

Tasmik adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab yang bermaksud mendengar. Kaedah ini digunakan guru dalam pengajaran Tilawah al Quran melalui aktiviti guru mendengar bacaan pelajar. Kaedah tasmik melibatkan guru dengan pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap pencapaian pelajar dalam penguasaan bacaan dan hafazan al Quran.

Cara pelaksanaan kaedah tasmik, ialah pelajar diminta membaca ayat yang ditentukan oleh guru dengan suara yang kuat (jahar), di hadapan guru. Guru mendengar bacaan atau hafazan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam bacaannya. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan kesalahan murid. Untuk menentukan pelajar menguasai tajwid, guru boleh menyoal pelajar tentang hukum bacaan atau hukum tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.

4.1 Pelaksanaan kaedah Tasmik.

- Guru mendengar dan meneliti bacaan pelajar.

Kedudukan guru adalah berhampiran dengan pelajar dengan keadaan berhadapan atau bersemuka supaya guru dapat melihat cara pelajar menyebut kalimah atau ayat.

- Pelajar dikehendaki membaca atau menghafaz dengan suara yang nyaring supaya guru dapat mendengar dengan jelas sebutan dan bacaan pelajar.

- Pelajar membaca secara kumpulan kecil atau individu.

4.2 Kelebihan kaedah tasmik.

- Guru dapat mengesan kelemahan bacaan pelajar dalam waktu yang cepat.

- Guru dapat memperbetulkan bacaan pelajar dengan tepat.

- Guru dapat mengesan dan mengenalpasti tahap kebolehan sebenar pelajar

- Guru dapat memastikan pelajar tidak melakukan kesilapan.

- Guru dapat mendisiplinkan pelajar dengan cara yang berkesan.

Kaedah tasmik sangat sesuai diaplikasikan dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran bahagian ayat bacaan. Melalui kaedah ini guru dapat mengesan dengan cepat penguasaan pelajar terhadap ayat bacaan yang diajar. Bagi mencapai hasil pembelajaran seperti yang dirancang, guru perlu melaksanakan langkah-langkah yang sesuai mengikut aras pembelajaran.

4.3 Aplikasi kaedah Tasmik dalam pengajaran.

Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras satu.(Ayat bacaan)

- Guru meminta pelajar membaca ayat yang telah dipelajari secara kelas dan kumpulan secara kuat dan nyaring.

- Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesalahan dalam bacaan pelajar.

- Guru meminta pelajar membaca ayat secara individu. Pelajar membaca bergilir-gilir secara individu.

- Guru meneliti bacaan pelajar dan memperbetulkan kesalahan pelajar.

- Guru perlu memastikan semua pelajar dapat membaca ayat dengan betul.

Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras dua (Ayat bacaan)

- Guru meminta pelajar membaca ayat secara kumpulan. Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti dan memperbetulkan bacaan murid.

- Pelajar diminta membaca ayat secara individu dengan suara kuat di hadapan guru.

- Guru meneliti bacaan pelajar dan membuat pembetulan serta merta kesalahan pelajar.

- Guru menyoal pelajar tentang kalimah dan ayat yang mengandungi bacaan panjang dan pendek.

- Pelajar menjawab soalan guru secara lisan. Guru memberi bimbingan kepada pelajar sekiranya murid tidak menjawab soalan guru dengan tepat.

- Guru perlu memastikan pelajar dapat menguasai bacaan dengan betul mengikut hukum tajwid.

Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras tiga.(Ayat bacaan)

- Guru meminta pelajar membaca ayat secara kumpulan. Pelajar dikumpulkan mengikut tahap pencapaian. Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti.

- Pelajar diminta membaca ayat secara individu dengan suara kuat di hadapan guru.

- Guru meneliti bacaan pelajar dan membuat pembetulan serta merta kesalahan pelajar.

- Guru menyoal pelajar tentang hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca.

- Pelajar menjawab soalan guru secara lisan. Guru memberi bimbingan kepada murid sekiranya murid tidak menjawab soalan guru dengan tepat.

- Pada aras ini, guru perlu memastikan pelajar telah dapat menguasai bacaan dengan betul, fasih dan bertajwid

5.0 Kaedah Soal jawab.

Kaedah soal jawab adalah kaedah yang paling kerap digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini merupakan interaksi dua hala yang melibatkan pelajar danguru yang memberi kesan positif terhadap kefahaman pelajar terhadap topik atau pelajaran yang dipelajari kerana mereka berpeluang menyoal guru untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai tajuk pelajaran. Kaedah ini telah lama diaplikasikan dalam Pendidikan Islam. Kaedah ini meransang pemikiran pelajar melalui soalan-soalan yang diutarakan oleh guru. Soalan-soalan yang diberikan oleh guru ialah sebahagian daripada interaksi pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah ini menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran berfikir serta memberi tumpuan terhadap pelajaran dan secara tidak langsung dapat mengelakkan pelajar berfikir tentang perkara-perkara di luar pembelajaran. Dalam pengajaran tilawah al Quran, guru boleh menggunakan kaedah ini dalam bahagian hafazan surah. Guru boleh menyoal pelajar tentang cara bacaan dan hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dipelajari. Sebelum menyoal pelajar, guru perlu memberikan masa kepada pelajar untuk membaca dan menghafaz ayat dengan betul. Bagi pelajar yang lemah, guru boleh memberi penerangan tentang hukum tajwid dan cara bacaan terlebih dahulu.

5.1 Aplikasi kaedah soal jawab dalam pengajaran.

Aplikasi kaedah soal jawab bagi hasil pembelajaran aras satu. (Ayat hafazan)

- Guru mempamerkan carta mengandungi ayat dan meminta pelajar membaca secara senyap.

- Guru membaca ayat dengan kuat dan meminta semua pelajar mengikut bacaan guru.

- Guru mengulang beberapa kali ayat tersebut dan meminta pelajar mengikut bacaan guru secara kumpulan.

- Guru meminta pelajar mengecam kalimah dan potongan ayat supaya mudah mengingat untuk aktiviti menghafaz ayat.

- Bersoal jawab tentang hafazan surah dari segi menyambung ayat yang dibaca.

- Guru membaca permulaan ayat dan meminta pelajar menyambung ayat tersebut. Untuk menarik minat pelajar, guru menyoal pelajar yang paling cepat menghafaz ayat.

- Guru perlu memastikan semua pelajar dapat menghafaz ayat yang dipelajari dengan betul.

Aplikasi kaedah soal jawab bagi hasil pembelajaran aras dua. (Ayat hafazan)

- Guru memaparkan ayat hafazan di LCD dan memperdengarkan bacaan dari qari terkenal. Guru mengulang beberapa kali bacaan tersebut.

- Guru meminta pelajar mengikut bacaan dan seterusnya menghafaz ayat tersebut.

- Guru membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil berpasangan untuk tujuan menghafaz ayat. Guru meminta pelajar menghafaz berpasangan, pasangan pelajar diminta meneliti bacaan pasangan masing-masing untuk dan membetulkan jika terdapat kesalahan bacaan rakan mereka.

- Pelajar diminta memerhati tanda bacaan dan hukum tajwid yang terdapat dalam ayat.

- Guru memulakan sesi soal jawab tentang tanda bacaan dan hukum tajwid. Pelajar menyebut hukum tajwid dan membaca kalimah yang mengandungi hukum tajwid tersebut. Guru memperbetulkan sebutan atau bacaan pelajar.

- Pada aras ini, pelajar perlu menguasai bacaan di samping mengenal hukum tajwid yang terdapat dalam ayat.

Aplikasi kaedah soal jawab bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat hafazan)

- Guru meminta pelajar menghafaz ayat secara kumpulan dan individu dengan suara yang nyaring. Guru membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.

- Pelajar menghafaz ayat secara berulang-ulang sehingga dapat menghafaz dengan fasih.

- Guru menggunakan kaedah soal jawab untuk memastikan pelajar mengetahui hukum tajwid yang terdapat dalam ayat, serta menguasai hafazan dengan cara bertajwid.

- Pada aras tiga, guru perlu memastikan pelajar dapat menghafaz ayat dengan betul dan fasih serta bertajwid.

6.0 Kaedah Penerangan.

Kaedah penerangan merupakan kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru. Maksud kaedah ini ialah, guru memberi penerangan tentang sesuatu tajuk pelajaran atau isi pengajaran secara lisan. Bagi menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan serta memberi kefahaman kepada pelajar, guru perlu menggunakan alat bantuan mengajar seperti gambar, carta atau LCD di samping dapat menarik minat pelajar dalam pelajaran tersebut. Melalui kaedah penerangan, guru perlu memastikan pelajar dapat memahami penerangan yang disampaikan oleh guru dalam sesuatu tajuk.

Melaksanakan kaedah ini, guru perlu memberi perhatian terhadap kedudukan pelajar di dalam kelas supaya setiap individu dapat melihat guru dan mendengar percakapan guru dengan jelas. Semasa memberi penerangan, guru perlu bertutur dengan jelas dan terang serta menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar.

6.1 Pelaksanaan kaedah penerangan.

- Penerangan hendaklah diberikan pada masa yang sesuai seperti ketika menyampaikan pengajaran baru.

- Guru hendaklah menyampaikan penerangan dengan ringkas dan bernas.

- Setiap penerangan guru perlu diikuti dengan soal jawab secara lisan atau bertulis untuk menguji kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang telah disampaikan guru.

- Penerangan boleh digabungjalinkan dengan teknik-teknik lain seperti soal jawab, perbincangan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.

- Kaedah ini sesuai digunakan untuk pengajaran tilawah al Quran bahagian kefahaman.

Kaedah penerangan sesuai diaplikasikan dalam semua tajuk pelajaran pendidikan Islam. Guru boleh melaksanakan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran bahagian kefahaman ayat.

6.2 Aplikasi kaedah penerangan dalam pengajaran.

Aplikasi kaedah penerangan bagi hasil pembelajaran aras satu.

(Ayat kefahaman)

- Guru memperdengarkan bacaan contoh melalui pita rakaman

- Pelajar diminta membaca ayat kefahaman yang akan dipelajari. Guru meminta semua pelajar meneliti kalimah dan ayat yang dibaca.

- Guru menerangkan maksud ayat dengan menerangkan pengertian kalimah.

- Guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai erti ayat dan maksud keseluruhan ayat ( pengertian hidayah dan rahmat Allah).

- Murid menyenaraikan isi penting maksud ayat.

Aplikasi kaedah penerangan bagi hasil pembelajaran aras dua.

(Ayat kefahaman)

- Guru meminta pelajar menyebut erti ayat.

- Guru menerangkan tentang isi-isi penting dalam ayat kefahaman ( cara mendapat hidayah Allah )

- Guru meminta pelajar berbincang dalam kumpulan (ciri-ciri orang yang mendapat hidayah Allah).

- Pelajar membentangkan hasil perbincangan mengikut kumpulan.

- Guru mengulas dan memberi penerangan tentang hasil perbincangan pelajar.

Aplikasi kaedah penerangan bagi hasil pembelajaran aras tiga.

(Ayat kefahaman)

- Guru memberi penerangan tentang isi pelajaran maksud ayat ( akibat orang yang tidak mendapat hidayah)

- Guru meminta pelajar menyebut semula isi pelajaran yang telah disampaikan oleh guru.

- Guru meminta pelajar membuat perbincangan dalam kumpulan tentang isi pelajaran ( maksud ayat )

- Murid menyenaraikan isi perbincangan ( ciri-ciri orang yang tidak mendapat hidayah Allah)

- Guru mengulas pembentangan pelajar dan memberi penerangan tentang isi pelajaran seterusnya (perkara yang perlu dilakukan untuk memperoleh hidayah Allah)

7.0 Penutup.

Kaedah-kaedah yang diperkenalkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, keseluruhannya adalah baik dan berkesan bagi setiap guru dalam menyampaikan pengajaran. Keberkesanan kaedah ini adalah bergantung kepada kebijaksanaan guru menyesuaikannya dengan tahap pencapaian pelajar serta suasana persekitaran dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai.

Rujukan

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2007), Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ismail Abas et.al. (2007), Pengenalan Pendidikan Islam, Seri Kembangan: UNITEM Sdn.Bhd.

Habibah@Artini Ramlie dan Rahimi Md Saad (2008), Pendidikan Islam Tingkatan 3, Seri Kembangan : Open University Malaysia.

Kamarudin Hj Husin (1994) KBSM dan Strategi Pengajaran Pahasa , Subang Jaya, Kumpulan Budiman.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2006), Buku Panduan j-QAF Model Pengajaran dan Pembelajaran Islam , Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

http://www.scribd.com/doc/14164215/PENDIDIKAN-ALQURAN-Dalil-TalqiTasmikTakrir#fullscreen:on

http://bobezani.tripod.com/teknik.htm

http://bobezani.tripod.com/teknik.htm

http://www.scribd.com/doc/11596879/TALAQQI-MUSYAFAHAH

http://alfalah08.files.wordpress.com/2008/04/3-model-tasmik-khatam-al-quran.pdf

Tuesday, November 24, 2009

NOTA TARANNUM OUM

1.1.1 Tahsin al-Saut: Hujah dan Dalilnya
Tahsin al-Saut ( تحسين الصوت) -- memperelokkan suara
-- satu kaedah bertujuan untuk melunakkan suara mengikut tahap-tahap yang
tertentu dalam membaca al-Quran.

DALIL -
َقا َ ل رَسُو ُ ل اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عََليْهِ وَسَلَّمَ ِإنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ َقيْ ٍ س َأوْ الَْأشْعَ ِ ريَّ أُعْطِيَ مِزْمَارًا مِنْ مَزَامِ ِ ي آ ِ ل دَاوُدَ

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Abdullah bin Qays atau al-Ash`ari dianugerahkan mizmar (suara yang sedap) dari jenis mizmar keluarga Nabi Daud a.s.

Keterangan hadis:
(i) Hadis ini menunjukkan Rasulullah s.a.w telah memuji Abu Musa al-Ash`ari r.a yang mempunyai kelunakan suara dalam membaca al-Quran.

(ii) Imam Nawawi dalam mentafsirkan hadis ini menyatakan bahawaÊmizmarÊ berasal dari perkataan Êal-zamrÊ yang bermaksud lagu ataukelunakan suara

(iii) Perumpamaan suara Imam al-Ash`ari r.a diibaratkan sepertikelunakan suara Nabi Daud a.s yang diriwayatkan bahawa Bagindaa.s melagukan bacaan Kitab Taurat lebih daripada 70 jenis lagu.

DALIL2
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-NasaÊi dalam Sunannya, bab
ÂMenghiasi bacaan al-Quran dengan kelunakan suaraÊ:

عَنْ اْلبَرَاءِ َقا َ ل: َقا َ ل رَسُو ُ ل اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عََليْهِ وَسَلَّمَ زَيِّنُوا الُْقرْآ َ ن بِأَصْوَاتِكُمْ

Maksudnya: Daripada al-BarraÊ berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Hiasilah bacaan al-Quran dengan kelunakan suaramu.

Keterangan hadis:
(i) Hadis ini merupakan galakan Rasulullah s.a.w kepada umatnyasupaya menghiasi bacaan al-Quran dengan kelunakan suara.
(ii) Imam al-Sanadi mentafsirkan Lafaz ÊZayyinuÊ itu bermaksud tahsin al-saut ketika membaca al-Quran.