There was an error in this gadget

Tuesday, December 7, 2010

PERKAHWINAN DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI

1.0. Tangunggjawab suami terhadap isteri.

Pengenalan.

Institusi perkahwinan melengkapkan tabie kejadian manusia iaitu lelaki dan perempuan saling memerlukan antara satu sama lain. Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan,iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama,bukannya nafsu semata-mata.Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat,masa,cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia.

Sebuah rumahtangga merupakan satu unit kecil dalam masyarakat yang dianggotai oleh suami, isteri kemudian anak-anak. Suami merupakan ketua yang akan memimpin dan mencorakkan sesebuah rumahtangga. Untuk melahirkan sebuah perkongsian hidup yang benar-benar bahagia maka Allah SWT sendiri menggariskan beberapa kewajipan atau tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh suami terhadap isteri.

1.1 Memberi mahar atau mas kahwin kepada isteri.

Mas kahwin atau mahar (Arab: مهر) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Dalam masyarakat Melayu, ia disebut sebagai mas kahwin, mungkin merujuk kepada pemberian dalam bentuk cincin emas. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah.

Hukum memberi mas kahwin kepada isteri terkandung dalam Surah an-Nisa, ayat 4.

4. Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan[267]. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, Maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.

Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.

1.2. Memberikan nafkah dalam bentuk harta benda kepada isteri

Suami hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya.Menjadi kewajipan bagi suami mencari nafkah yang halal untuk isteri dan keluarganya. Menyediakan keperluan asas kepada isteri iaitu, makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.

Firman Allah

…….dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. …..

(Al-Baqarah:233)

Suami boleh memberikan wang yang secukupnya kepada isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum.Suami mestilah menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam tidak menentukan kadartertentu dan tidak ada penentuan yang khusus,ia bergantung kepada pendapatan serta keadaan taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.

Nafkah zahir kepada isteri merupakan tempat tinggal yang selayaknya yang memberi keselesaan dan keamanan. Selain itu keperluan hidup iaitu makanan, pakaian dan peralatan yang munasabah dan selayaknya menurut kemampuan suami, sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“Dan wajib ke atas kamu memberikan mereka (isteri-isteri) rezeki mereka dan pakaian mereka dengan baik. Tempatlah mereka di mana kamu bertempat tinggal mengikut kemampuanmu.”

1.3. Suami adalah pelindung isteri dan anak-anak.

Sebagai ketua keluarga yang merupakan pelindung isteri dan anak-anak suami bertanggungjawab menguruskan segala urusan dengan sebaik-baiknya di samping menggembirakan isteri serta bersegera membantu isteri jika sakit, dengan menguruskan rawatan perubatan yang secukupnya. Suami juga berkewajipan berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha agar kehidupan keluarganya berada dalam keadaan selesa.

Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.

Firman Allah

34. Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah Telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. …….

(An-Nisa’:34)

1.4. Memberikan nafkah batin kepada isterinya

Nafkah batin pula ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks kepada isteri.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

222. Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri[137] dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci[138]. apabila mereka Telah suci, Maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.

1.5. Memberi layanan yang baik kepada isteri.

Suami juga perlu memberi layanan yang baik terhadap isteri, tidak berlaku kasar kepada isteri. Sekiranya isteri melakukan kesalahan, suami hendaklah menegur kesalahan isteri dengan cara yang berhemah. Suami juga perlu sentiasa menasihati isteri dengan cara yang lemah lembut.

Sabda Nabi yang lain:

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)

1.6. Memberi didikan agama kepada isteri.

Sebagai ketua keluarga dan pemimpin kepada isteri, suami bertanggungjawab memberikan didikan dan bimbingan agama kepada isteri. Sekiranya seorang suami tidak mampu memberi didikan agama kepada isteri disebabkan kurang ilmu agama, suami perlu mengizinkan isteri untuk mengikuti kelas-kelas agama atau mengupah seorang guru mengajar isteri tentang ilmu fardu ain.

Melalui pendidikan agama yang diberi kepada isteri ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

6. Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka …….

Surah at Tahrim ayat 6

1.7. Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.

Menjadi tanggungjawab suami untuk memberi perlindungan kepada isteri daripada sebarang ancaman atau bahaya. Ini disebabkan isteri merupakan amanah kepada suami. Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan.

1.8. Bersikap adil terhadap isteri.

Seorang suami yang berkahwin lebih dari satu ( berpoligami ) wajib bersikap adil kepada isteri-isterinya. Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.

Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.

1.9. Melayan dan menggauli isteri dengan baik.


Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.

1.10. Menjaga hati dan perasaan isteri.

Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh isteri dengan menjadi pendengar yang baik kepada isteri. Suami juga perlu meluangkan masa untuk bersama isteri sebagai menghargai kehadiran isteri sebagai pasangan hidupnya.

1.11. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.

Seorang isteri mempunyai berbagai kelebihan dan kelemahan. Diantaranya:

a. Mudah lupa dalam mengingati Allah, kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.

b. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya.

c. Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain

Suami hendaklah bersabar dengan sikap dan kekurangan yang ada pada isteri dan perlu cuba sedaya upaya mengatasi kelemahan isteri dengan menasihati isteri dengan cara yang lemah lembut. Suami perlu tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan.

2.0 Penutup

Apabila suami berjaya menunaikan tanggungjawab mereka, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami ni ditetapkan oleh Islam sebagai peraturan yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

3.0 Banding beza di antara adat dan syara’ dalam majlis pertunangan.

Adat

Aspek

Syara’

Cincin digunakan sebagai tanda merisik iaitu disebut “cincin tanya”. Menunjukkan pihak perempuan telah bersetuju untuk menerima pinangan pihak lelaki. Amalan yang dilakukan oleh masyarakat sekarang ialah dengan cara yang asing dalam budaya Islam seperti berbual melalui telefon, internet bersemuka antara lelaki dan perempuan untuk mengenali antara satu sama lan.

1.Merisik atau meninjau

Sebelum seorang pemuda meminang seorang perempuan, ia hendaklah mengetahui serba sedikit tentang wanita tersebut.. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang.Cara seperti ini adalah dibenarkan dalam Islam.

Adat meminang dijalankan oleh pihak lelaki mengikut adat kebiasaan sesuatu tempat. Biasanya bagi masyarakat Melayu, upacara meminang mesti disertai dengan membawa cincin sebagai tanda pertunangan.

Peminangan diiringi oleh hadiah-hadiah yang lain kepada bakal pengantin perempuan, seperti kain, peralatan solat atau

kasut, gula-gula, buah-buahan,

2.Meminang

Meminang bukan bid'ah agama melainkan ia disebut dalam nas. Dalilnya: alHadith
(sesungguhnya di antara keberkatan seorang wanita ialah kemudahan dalam meminang-nya) HR Ahmad, dihasankan oleh al-Albani dalam Sahih alJami'/2231
Upacara meminang ini adalah bersesuaian dengan syara’.

Adat

Aspek

Syara’

Majlis pertunangan dalam adat Melayu adalah majlis yang telah dipersetujui pihak lelaki dan perempuan selepas adat merisik.

Majlis pertunangan disertai dengan kenduri dan pihak keluarga perempuan biasanya menjemput saudara mara dan jiran dekat untuk hadir.

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Majlis diiringi bacaan doa dan sedikit jamuan.

3.Majlis pertunangan

Amalan bertunang didalam Islam dipanggil khitbah dan ianya sama sekali tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Hadis Rasulallah saw yang mafhumnya: " tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain

Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.

4.Majlis menyarung cincin

Tidak terdapat acara menyarung cincin semasa majlis pertunangan dalam Islam. Ini adalah kerana meminang dalam Islam bermaksud seorang lelaki menyatakan keinginannya untuk mengahwini seorang wanita.

Adat

Aspek

Syara’

Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.Mengikut adat masyarakat Melayu, hantaran semasa pertunangan merupakan sesuatu yang sangat penting. Hantaran yang diberi adalah dalam bilangan ganjil iaitu tujuh

atau sembilan dulang. Persembahan hantaran pula mesti mesti mengandungi sirih junjung dan cincin untuk disarungkan ke jari perempuan yang ingin dipinang

5.Hantaran.

Dalam Islam, hantaran hadiah pertunangan bukanlah sesuatu yang diwajibkan, tetapi adalah harus memberi hadiah semasa majlis pertunangan selagi tidak melanggar batas-batas agama dan tidak menyusahkan kedua belah pihak.

4.0 Perbezaan di antara adat dan syari’at dalam perkahwinan.adat dan syara’ dalam perkahwinan

Adat

Aspek

Syara’

Di Malaysia pemberian mahar diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk wang ringgit yang kadarnya berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain.

Di beberapa negeri yang tidak ditetapkan nilai mas kahwin (terengganu dan kelantan), duit hantaran (yang jumlahnya ribuan ringgit) selalunya dijadikan mas kahwin.

1.Mas kahwin

Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian,Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah.

Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan pada malam sebelum majlis perkahwinan diadakan atau pada waktu pagi. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah (biasanya putih atau cream). Lazimnya majlis berzanji dan

majlis khatam al-Quran diadakan di rumah pengantin perempuan.

2.Akad nikah

Akad nikah merupakan satu acara yang paling penting dan wajib dalam perkahwinan orang Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya..

Ooooooooooooooo

Adat

Aspek

Syara’

Mengikut adat masyarakat Melayu, hantaran semasa majlis perkahwinan adalah sesuatu yang penting bagi melengkapi majlis tersebut. Wang hantaran yang telah ditetapkan dan dipersetujui dua belah pihak.

Bagi masyarakat Melayu sekarang, mereka berbangga dengan jumlah wang hantaran yang tinggi serta barang-barang hantaran yang mahal dan berjenama.Hantaran perkahwinan juga diiringi dengan sirih junjung.

3.Hantaran perkahwinan

Hantaran merupakan pemberian (hibbah) yang diberikan oleh bakal suai yang tidak terbatas jumlahnya yang bergantung kepada kerelaan hati. Hantaran wang, pakaian dan sebagainya diharuskan dalam Islam selagi tidak membebankan pihak lelaki.

Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari

Majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai pakaian pengantin, dan akan disandingkan di atas pelamin. Kehadiran pengantin lelaki akan diiringi dengan paluan kompang.

4.Majlis perkahwinan atau walimatul urus

Mengadakan majlis perkah-

winan adalah disunatkan dalam Islam bertujuan menghebahkan perkahwinan tersebut kepada masyarakat supaya tidak timbul fitnah.

Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Siarkan (hebahkan) nikah ini dan adakan di masjid dan pukullah rebana.
Riwayat Ahmad dan Tarmizi.

nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Adat

Aspek

Syara’

Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat.

Berinai curi – diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.

Berinai kecil – diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

Berinai besar – diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.

Selepas adat berinai besar dilakukan, selalunya pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.

5. Berinai

Berinai adalah salah satu amalan semasa perkahwinan. Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi saw tidak menegahnya, malah menyuruhnya, dari Aisyah ra :

”Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda,” jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dgn inai).” (Abu Daud, 4166) dan (an-Nasa’iy 5092)

Adat

Aspek

Syara’

Bersanding merupakan adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dalam majlis perkahwinan.

Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan.

Tetamu kehormat yang hadir biasanya akan diberikan peluang untuk melakukan upacara ini. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur atau hadiah saguhati sebagai mengingati upacara kahwin dan terima kasih kerana sudi datang.

6. Bersanding

Adat bersanding tidak ada dalam syariat Islam.

Ustaz Syed Salim bin Syed Hussin dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM berkata demi meraikan adat, Islam membenarkan per- sandingan dengan

meletakkan beberapa syarat

iaitu hendaklah disandingkan secara tertutup di hadapan muhrim atau keluarga terdekat dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat sahaja.

5.0 Penutup.

Tiada sebarang sebab upacara perkahwinan dilarang dalam Islam, namun pelaksanaannya sahaja yang perlu diberi perhatian agar selari dengan lunas-lunas yang ditetapkan Islam. Islam bukan sesuatu agama yang memberati para penganutnya dalam melayari arus kehidupan di dunia ini. Islam secara mudahnya merupakan agama yang diwahyukan untuk semua jenis manusia yang terdapat di atas muka bumi ini. Justeru itu, Islam tidak pernah melarang sama sekali para penganutnya daripada mengamalkan kebudayaan dan kesenian yang terdapat dalam setiap bangsa. Namun, perlu difahami bahawa setiap amalan yang dipraktikkan itu perlu selaras dan selari dengan syariat Islam. Begitu jugalah halnya dengan isu perkahwinan dalam masyarakat Melayu. Ia boleh dilakukan dan diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

No comments: