Monday, November 14, 2011

ISTINJAK

Pengertian Istinja’.


Istinja’ bererti menghilangkan najis yang keluar dari qubul atau dubur dengan air atau batu atau benda keras yang seumpama batu serta suci, dapat menghilangkan najis dan tidak haram menggunakannya.

Ada beberapa istilah lain yang digunakan selain istinja’antaranya :

1.Istijmar iaitu membersihkan najis dengan menggunakan batu dan seumpamanya. Perkataan istijmar ialah kata terbitan daripada perkataan al-jamarat yang bererti batu-batu.

2.Istibra’ ialah menghabiskan sesuatu yang keluar, iaitu yang keluar daripada kemaluan hadapan ataupun belakang sehingga yakin kesannya hilang ataupun sebagai menghabiskan tempat keluar najis daripada kesan percikan air kencing.

3.Istinzah makna yang sama dengan Istibra’.

4.Istinqa’ iaitu mencari kebersihan. Iaitu menyental punggung dengan batu ataupun dengan jari ketika beristinja’ dengan air.

Semua cara yang disebut adalah untuk membersihkan najis, dan tidak boleh seseorang mengambil wuduk atau bersolat melainkan sesudah dia berpuas hati bahawa kesan najis sudah tiada lagi.Semua yang tersebut di atas adalah memberi maksud seumpama istinja’.



HUKUM ISTINJA’


Hukum istinja’ untuk menghilangkan najis adalah wajib. Sunat beristinja’ dengan batu kemudian dibasuh dengan air.Harus memilih untuk beristinja’ dengan hanya menggunakan air sahaja atau menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu jika dapat menghilangkan najis. Walaubagaimanapun, lebih afdhal menggunakan air kerana air lebih berupaya dan berkesan untuk menghilangkan najis.
Sekiranya beristinja’ menggunakan batu, diwajibkan menyapu dengan sekurang-kurangnya tiga biji batu atau tiga penjuru dari sebiji batu dengan syarat:


1. Najis yang hendak dibersihkan itu tidak kering.


2. Tidak merebak ke bahagian lain.


3. Tidak bercampur dengan najis yang lain.


Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, maka hendaklah menggunakan air.

Perbuatan istinja dari sudut bahasa ialah perbuatan menghapuskan najis iaitu tahi. Dari sudut istilah, istinja’ bermaksud perbuatan menghilangkan najis dengan menggunakan bahan seperti air atau dengan menggunakan batu.

Hukum istinja, istijmar dan istibra.

Menurut ulama Mazhab Hanafi, istinja’ adalah sunat muakkad bagi lelaki dan perempuan dalam suasana biasa. Selagi najis itu tidak melampaui (melimpah ) tempat keluarnya, kerana Nabi Muhammad saw melakukan demikian dan juga sabda baginda saw,

XjY ݯ Ü Å¿ Ë ÅnYC f´¯ ½¨¯ Å¿ ,jMÌμ¯ jÀZNmA Å¿

Terjemahan : Sesiapa yang beristijmar hendaklah dilakukan dengan bilangan yang ganjil. Sesiapa yang melakukannya tentulah ia menjadi lebih bersih, dan sesiapa yang tidak melakukannya, maka tidaklah berdosa.

Jika najis itu melampaui ( melimpah ) saluran keluarnya walaupun sebesar syiling dirham, maka wajiblah dibersihkannya dengan air. Jika limpahan itu sampai melebihi kadar syiling dirham, maka wajib dibasuh dengan air ataupun cecair.

Jumhur ulama selain ulama Mazhab Hanafi berkata bahawa adalah wajib beristinja’ atau pun beristijmar sesuatu yang keluar daripada dua kemaluan seperti air kencing, air mazi, atau tahi kerana terdapat firman Allah dalam Surah Al Muddatstsir ayat 5.

tô_9$#ur öàf÷d$$sù ÇÎÈ

Terjemahan : Dan segala kejahatan hendaklah engkau jauhi.

Suruhan dalam ayat ini adalah umum meliputi setiap tempat sama ada pada pakaian atau pun badan. Lagi pula kerana beristinja dengan air merupakan tindakan asal dalam menghilangkan najis. Juga berdasarkan sabda Rasulullah saw diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada ’Aisyah,

Éħ ÔlVM BÈÃH¯ ,iBVYC ÒQÝRI KÇhμ¯ ,¡ÖB°»A Ó»G Á·fYC KÇg AgG

Jika salah seorang di antara kamu hendak pergi ke tempat buang air besar, maka pergilah dengan membawa bersama-sama tiga ketul batu, kerana sesungguhnya batu itu memadai bagi membersihkannya.

Juga sabda baginda,

iBVYC ÒQÝQ ÆËfI Á·fYC ÓVÄNnÍ Ü

Tidak harus seseorang di antara kamu beristinja’ dengan bilangan yang kurang daripada tiga ketul batu. (Riwayat Muslim)

Menurut pendapat azhar daripada kalangan ulama Mazhab Syafi’i, tidak disyariatkan istinja’ kerana keluar ulat dan juga tahi yang keras tanpa mencemarkan kawasan dubur kerana tidak terdapat najis. Walaubagaimanapun disunatkan menurut pendapat ulama Mazhab Syafii dan Hanbali, dan diwajibkan menurut pendapat ulama mazhab Hanafi dan Maliki jika ulat dan tahi yang keras itu keluar selepas membuang air besar dan sebelum beristinja.

Syarat beriistinja dengan batu atau kertas dan seumpamanya ialah;

1.Janganlah najis yang keluar itu sudah kering, Jika ia sudah kering, maka wajiblah menggunakan ari untuk membersihkannya.

2. Janganlah najis itu berpindah tempat dari tempat keluarnya dan melekat ke tempat yang lain atau janganlah ia melewati ( melampaui ) kawasan tempat keluarnya. Jka ia melimpah dan berasingan, maka wajiblah menggunakan air, ini dipersetujui semua ulama.

3.Janganlah najis itu bercampur dengan sesuatu bahan asing yang lembab sama ada bahan itu najis atau suci. Jika ia bercampur dengan bahan asing yang kering, maka ia tidak memberi apa-apa kesan.

4. Hendaklah najis yang keluar itu menerusi saluran biasa. Oleh sebab itu penggunaan batu atau seumpamanya tidak memadai sekiranya najis yang keluar itu tidak menerusi saluran biasa seperti keluar menerusi perbuatan bekam, atau menerusi satu lubang yang terbuka di bawah paras usus walaupun saluran asal tersumbat secara kebetulan. Tidak memadai beristinja dengan kertas dan seumpamanya bagi menyucikan air kencing seseorang khunsa musykil walaupun yang kelluar itu menerusi slah satu daripada dua kemaluannya kerana kemungkinan ia adalah kemaluan yang lebih. Begitu juga tidak memadai untuk menyucikan air kencing zakar yang kulup apabila air kencingnya telah menyentuh kulit kulupnya.

Menurut pendapat ulama selain ulama mazhab Maliki, adalah memadai penggunaan kertas dan seumpamanya bagi mengesat darah haid atau nifas, sama sperti batu yang dianggap emadai menurut pendapat Azhar di kalangan ulama Mazhab Syafii dan di kalangan ulama Mazhab Hanbali dan Hanafi bagi mengesat apa sahaja yang jarang2 keluar seperti darah, wadi dan juga mazi, atau bagi membersihkan najis yang sudah berciciran melampaui kebiasaan orang ramai., tetapi tidak melampaui papan punggungnya iaitu papan punggung sebelah dalamyang terlindung ketika seseorang itu berdiri.

Menurut pendapat ulama Mazhab Maliki, mesti menggunakan air bagi mnghapuskan air kencing perempuan, sama ada perawan, atau janda, kerana ia sering melimpahi tempat keluarnya hingga ke bahagian tempat duduknya.

Alat-alat, Sifat Dan Cara Beristinja’

Istinja’ hendaklah dilakukan dengan menggunakan air, ataupun batu dan seumpamanya, iaitu yang terdiri daripada setiap bahan yang keras, suci, mampu menghakis ( kekotoran ) dan tidak terhormat menurut syarak. Bahan-bahan untuk beristinja’ termasuklah kertas, perca kain, kayu dan tembikar, kerana tujuan beristinja’ akan tercapai dengannya sama seperti menggunakan batu.

Cara yang paling baik ialah dengan menggunakan kedua-dua bahan keras dan air sekaligus, iaitu dengan mendahulukan penggunaan kertas dan seumpamanya, kemudian diikuti dengan menggunakan air kerana benda najis itu akan hilang dengan kertas ataupun batu, dan kesannya akan hilang dengan menggunakan air.

Beristinja’ dengan tiga biji batu.

Ulama Mazhab Hanafi dan Maliki berkata, sunat menggunakan tiga batu tapi tidaklah wajib dan memadai dengan bilangan yang kurang. Jika bilangan itu tidak boleh membersihkannya. Apa yang wajib menurut pendapat ulama Mazhab Maliki,dan sunat menurut pendapat ulama mahab hanafi ialah kebersihan tempat istinja’ bukannya bilangan batu yang digunakan. Berdasarkan hadis Rasulullah saw;

.XjY ݯ Ü Å¿ Ë ,ÅnYC ½¨¯ Å¿ ,jMÌμ¯ jÀVNmC Å¿

Terjemahan; Sesiapa yang beristijmar, maka hendaklah ia mengganjilkan bilangannya. Sesiapa yang melakukan demikian, maka ituah yang sebaiknya, dan sesiapa yang tidk melakukannya, maka tidaklah ada apa-pa dos.

Ulama mazhab Syafii dan Hanbali pula berkata, apa yang diwajibkan ialah bersih dan sempurna bilangan tiga, iitu bilangan tiga biji btu atau bilangan tiga kali sapu biarpun dengan menggunakan tiga sudut bagi sebiji batu. Jika tidak menjadi bersih dengn tiga biji batu maka wajiblah dibersihkan dengan batu yang ke empat dan seterusnya sehinggalah tidak terdapat apa-apa kesan kecuali yang tidak dapat dihilangkan, melainkan dengan menggunakan air atau menggunakan batu yang kecil, kerana itulah tujuan melakukan istinja. Hujah mereka adalah berpandukan hadis bermaksud ”Hendaklah kamu beristinja’ dengan menggunakan tiga biji anak batu. Juga hadis riwayat muslim daripada Salman

iBUC ÒQÝQ Å¿ ½³BI ÏVÄNnà ÆC "A ¾Ìmi BÈÃ

Terjemahan; Rasulullah saw telah melarang kami beristinja dengan bilangan batu yang kurang daripada tiga biji.

Bersamaan dengan tiga biji batu ialah tiga sudut bagi sebiji batu. Disunatkan bagi seseorang yang beristinja’ dengan lebih daripada tiga biji batu supaya mengganjilkan bilangannya. Suruhan ini berdasarkan kepada riwayat as Syaikhan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda,

CjMË jÀVNnμ¯ ,Á·fYC jÀVNmG AgG

Terjemahan; Apabila salah seorang di antara kamu beristijmar, maka beristijmarlah dengan bilangan yang ganjil. Hukum wajib daripada Hadis ini telah dibatalkan oleh Hadith lain riwayat Abu Daud;

XjY ݯ Ü Å¿Ë ,ÅnYC f´¯ ½¨¯ Å¿ ,jMÌμ¯ jÀVNmG Å¿Ë

Terjemahan ; Sesiapa yang beristijmar hendaklah ia mengganjilkan bilangannya, sesiapa yang melakukan (demikian), maka itulah yang baik, dan sesiapa yang tidak (melakukan demikian) maka tidaklah ada apa-apa dosa.

Bilangan bagi yang beristinja’ menggunakan air, menurut pendapat yang asah, ialah bergantung kepada perasaan sehingga hati merasa puas dan yakin dengan kebersihan yang ada atau pun dengan sangkaan kuat tentang wujudnya kebersihan. Daripada Imam Ahmad, Abu Daud berkata, ” Ahmad telah ditany

Tentang sejauh mana had beristinja’ dengan air, lalu beliau menjawab, (Sehingga) bersih.

Cara beristinja’

Cara beristinja’ hendaklah seseorang itu menuangkan air ke atas tangan kiri sebelum dia menyentuh najis, kemudian dia membasuh qubulnya, iaitu saluran khas bagi air kencing, dan membasuh seluruh kemaluannya. Seseorng itu hendaklah membongkokkan badannya sedikit kemudian menggosoknya dengan baik sehingga tempat itu menjadi bersih.

Cara beristijmar.

Hendaklah mengesat dengan batu pertama bermula dari bahagian hadapan ke arah bahagian belakang dan dengan batu kedua, dari bahagian belakang ke arah bahagian hadapan pula. Setelah itu dengan batu yang ketiga dilakukan dengan cara yang sama seperti cara yang pertama. Ulama’ Mazhab Syafie berpendapat bahawa sunat meratakan semua bahagian tepat (keluar najis) engan setip satu batu, iaitu memulakan dengan batu yang pertama dari bahagian hadapan tebing sebelah kanan dubur, kemudia menolaknya dengan perlahan mengelilinginya sehingga kembali ke tempat permulaannya. Begitulah juga dengan batu yang kedua, dimulakan dari bahagian hadapan tebing sebelah kiri, sementara batu ketiga digunakan untuk mengesat kedua-dua belah tebingnya sekali gus dengan bahagian keluar najis yang dipanggil musrabah.

Perkara sunat semasa beristinja’.

Hendaklah beristinja’ dengan menggunakan batu ataupun kertas yang lembut, iaitu yang tidak kesat seperti batu bata dan tidak pula licin seperti batu akik, kerana tujuannya adalah mendapatkan kebersihan. Bahan selain batu ialah setiap bahan yang bersih yang boleh menghilangkan najis tanpa membawa kesan bahaya, bukan dari jenis yang berharga dan bukan pula barang yang terhormat.

Menurut ulama’ Mazhab Hanafi, harus beristinja’ dengan menggunakan cecair selain air mawar dan cuka. Sementara jumhur ulama’ selain ulama’ Mazhab Hanafi pula mensyaratkan amalan istinja’ itu dengan menggunakan bahan keras yang kering, maka dengan kerana itu tidak harus beristinja’ dengan menggunakan cecair Bagi ulama’ Mazhab Hanafi juga, tidak harus beristinja’ menggunakan tulang, makanan ataupun roti yang menjadi bahan makanan manusia atau binatang, kerana ia dianggap sebagai satu tindakan merosak atau menghina.

Menurut ulama’ Mazhab Maliki pula adalah makruh beristinja’ dengan menggunakan tulang dan tahi binatang yang bersih dan dengan menggunakan dinding yang dimilikinya sendiri. Ulama’ Mazhab Syafi’i mengharuskan amalan beristinja’ dengan bahan makanan khas bagi binatang seperti rumput. Jumhur ulama’ mengatakan tidak harus.

Menggunakan tiga biji batu atau kertas dan seumpamanya adalah sunat menurut pendapat ulama’ Mazhab Hanafi dan Maliki, dan wajib menurut pendapat ulama’ Mazhab Syafi’i dan juga Hanbali. Jumhur ulama’ bersepakat tidak boleh beristinja’ menggunakan tangan kanan kecuali dalam keuzuran dan dengan demikian adalah sunat beristinja’ dengan tangan kiri.

Berlindung dan tidak mendedahkan aurat kepada pandangan orang adalah wajib semasa beristinja’ dan juga semasa membuang air kerana mendedahkan aurat adalah haram dan boleh menjadi fasik.

Penutup

Beristinja’ adalah menjadi tuntutan ke atas setiap orang Islam bertujuan supaya individu Islam sentiasa berada dalam keadaan suci. Keadaan ini membolehkan seseorang melakukan ibadat dengan sempurna. Setiap orang Islam wajib mematuhi cara-cara beristinja’ sebagaimana yang telah disepakati menurut mazhab yang empat iaitu Mazhab Syafei, Hanbali, Hanafi dan Maliki.

No comments: