3.0 Syirik serta sebab Islam melarangnya.
3.1 Pendahuluan.
Perbuatan syirik adalah satu amalan yang telah wujud dalam masyarakat sejak dahulu lagi. Amalan syirik adalah amalan yang jauh terpesong daripada aqidah tauhid yang berasaskan keimanan kepada Allah yang Maha Esa. Islam menegah perbuatan syirik kerana perbuatan ini memberi kesan kepada jiwa dan tingkah laku yang menjadi penyebab terjebaknya individu muslim dalam godaan syaitan dan tidak menyeleweng ke arah selain beriman dengan Allah
3.2 Maksud syirik.
Syirik adalah kata dasar Syaraka yang bermaksud : Menyamakan sesuatu dengan sesuatu dari segi bahasa. Manakala dari segi syarak bermaksud: Menyamakan (menyekutukan) Allah dengan sesuatu atau menyamakan sesuatu dengan Allah samada secara iktikad, perbuatan atau perkataan..
Para ulama membahagikan syirik kepada dua kategori iaitu syirik akbar atau syirik jali dan syirik asghar atau syirik khafi.
Syirik jali adalah perbuatan menyekutukan Allah yang dilakukan secara terang-terangan.Contoh perbuatan yang termasuk dalam syirik jali ialah :
1. Menyembah patung atau berhala
2. Menyembah bulan atau matahari
3. Mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan
Syirik khafi bermaksud tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat. Amalan yang yang dilakukan oleh seseorang tidak diketahui atau tidak dapat dilihat orang lain. Contoh perbuatan syirik khafi ialah;
1.Riak iaitu menunjuk-nunjuk kehebatan diri
2.Ujub iaitu mengagumi diri sendiri dengan sedikit kelebihan yang ada.
3.Takbur iaitu membangga diri.
Seseorang yang menganggap mana-mana satu dari sifat-sifat Allah ada pada sesuatu yang lain selain Allah mereka dianggap telah melakukan syirik dengan Allah walaupun individu tersebut beriman kepada Allah. Allah Taala berfirman dalam Surah Yusuf, ayat 106.
$tBur ß`ÏB÷sã NèdçsYò2r& «!$$Î/ wÎ) Nèdur tbqä.Îô³B ÇÊÉÏÈ
Maksudnya: Meskipun kebanyakan mereka beriman kepada Allah dalam pada itu mereka tidak sunyi dari perbuatan syirik.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 72:
Maksudnya: “Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.”
Hadis ini, mengingatkan manusia daripada terjerumus ke dalam sebarang i'tiqad atau perbuatan syirik supaya terselamat daripada balasan buruk yang dijanjikan.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ ... . ( البخاري ومسلم )
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan. " Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah? " Baginda s.a.w.menjawab: "(Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah
3.3 Sebab-sebab Islam melarang perbuatan syirik.
Perbuatan syirik merupakan suatu perbuatan yang sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Terdapat banyak sebab dan alasan Islam melarang perbuatan mensyirikkan Allah.
1. Membatalkan iman seseorang.
Agama Islam melarang umatnya dari melakukan syirik kerana amalan tersebut boleh menyebabkan terbatal iman seseorang. Amalan menyekutukan Allah dengan sesuatu adalah bertentangan dengan aqidah Islam yang menegaskan bahawa Allah itu Maha Esa dan tiada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.
2. Menafikan kekuasaan Allah.
Amalan syirik yang dilakukan oleh seseorang menunjukkan seseorang itu mempercayai ada kuasa lain yang boleh memberi kesan dan mudharat kepada manusia. Hal ini ternyata menafikan kuasa mutlak Allah yang tiada tandingannya.
3. Mengiktiraf makhluk sama dengan Allah.
Mensyirikkan Allah bererti kita mengiktiraf adanya makhluk lain sama dengan Allah, sedangkan Allah tidak menyerupai mana-mana makhluk sekalipun.
4. Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik.
Amalan kepercayaan syirik yang telah sebati dalam masyarakat menyebabkan generasi muda terikut-ikut dengan amalan yang menjadi tradisi serta mempercayai pantang larang amalan syirik serta menjadi bimbang akibat yang akan dihadapi sekiranya tidak mengamalkan pantang larang tersebut. Perkara ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam iaitu tiada yang boleh memberi kebaikan atau mudharat kepada sesiapa kecuali dengan kuasa Allah.
5. Mencemarkan kesucian agama Islam.
Amalan syirik yang dilakukan oleh seseorang boleh mencemarkan kesucian agama Islam kerana amalan tersebut bercanggah dengan aqidah Islam. Akidah Tauhid orang yang melakukannya telah berbelah bagi, iaitu mempercayai adanya kuasa lain di samping kekuasaan Allah. Hadis Nabi s.a.w.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الذَّنْبِ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ قَالَ أَنْ تَجْعَلَ لِلَّهِ نِدًّا وَهُوَ خَلَقَكَ … . ( البخاري ومسلم )
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: Aku telah bertanya kepadaNabi Muhammad s.a.w.,: "Apakah satu-satunya dosa yang terbesar disisi Allah.?" Baginda s.a.w., menjawab: "(Dosa yang terbesar di sisi Allah itu) ialah: Engkau mengada-adakan bagi Allah sesuatu yang menyamaiNya padahal Dia menciptakanmu..."
6. Menggugurkan semua amalan baik.
Dosa yang paling besar dan paling dahsyat bahayanya adalah syirik, karena syirik secara langsung menyentuh nilai-nilai tauhid yang asas dan aspek ketuhanan yang paling penting dalam Islam, iaitu pengakuan syahadah kepada Allah yang Maha Esa tiada sekutu dan tiada tandingan. Amalan syirik ini menggugurkan semua amalan baik dan merugikan individu Islam itu sendiri. Firman Allah dalam surah Az Zumar ayat 65
ôs)s9ur zÓÇrré& y7øs9Î) n<Î)ur tûïÏ%©!$# `ÏB Î=ö6s% ÷ûÈõs9 |Mø.uõ°r& £`sÜt6ósus9 y7è=uHxå £`tRqä3tGs9ur z`ÏB z`ÎÅ£»sø:$# ÇÏÎÈ
65. Dan Sesungguhnya Telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu. "Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.
3.4 Penutup
Sebagai seorang Muslim yang sentiasa mengharapkan kebaikan dan berada dalam keredhaan Allah kita mestilah menjauhi perbuatan-perbuatan yang boleh membawa kepada syirik. Perbuatan syirik merupakan satu perbuatan yang sangat bertentangan dengan aqidah Tauhid dan semestinya setiap orang Islam perlu berusaha sedaya upaya menghindari serta membenteras perbuatan tersebut, kerana dosa bagi orang yang syirik tidak diampunkan Allah.
1 comment:
Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai keyakinan bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.
Post a Comment