Monday, November 14, 2011

Model The Big6 Dalam Pengajaran.

4 (a) Rumusan Model The Big6.

Model The Big6 adalah salah satu teknik mengajar kemahiran maklumat yang dikenali juga sebagi strategi penyelesaian masalah sesuatu maklumat. Terdapat 6 fasa dalam Model The Big6 yang boleh membantu guru dan pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran. Pelajar perlu menggunakan keenam-enam langkah atau fasa dalam Model The Big6 untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Rumusan tentang langkah-langkah dalam Model Big6 adalah seperti berikut.

Langkah Pertama ( Task Definition ) Kenal pasti tugasan.

Langkah pertama dalam Model Big6 ini merupakan langkah permulaan bagi pelajar bagi untuk menyiapkan tugasan mereka. Pelajar perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi serta maklumat yang perlu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam mengenal pasti masalah, pelajar perlu mengetahui jenis tugasan yang akan dipersembahkan kepada guru. Jenis tugasan yang akan dihantar merangkumi tajuk, jenis kertas kerja, panjang tugasan, kebebasan memilih persembahan dan tarikh akhir tugasan.

Setelah pelajar mengenal pasti jenis tugasan, pelajar perlu mencari kata kunci untuk memudahkan mereka mencari maklumat. Pelajar juga perlu menentukan cara yang terbaik untuk membincangkan topik tugasan tersebut dengan menggunakan idea yang bersesuaian dengan topik. Persoalan-persoalan perlu diutarakan oleh pelajar untuk membantu mereka mencari maklumat. Selain itu, pelajar juga perlu pastikan jenis maklumat yang akan dicari, sama ada memerlukan peta, gambar, statistik atau maklumat biografi. Pelajar perlu menyenaraikan sumber maklumat yang diperolehi dalam menyiapkan tugasan mereka.

Langkah Kedua : Information Seeking Strategies ( Strategi mencari maklumat )

Pelajar perlu menentukan sumber yang akan digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam menyiapkan tugasan mereka. Sumber yang terbaik perlu dipilih oleh pelajar untuk membantu mereka menyiapkan tugasan mereka.

Langkah Ketiga : Location and Access (Pencarian dan dapatan)

Pelajar perlu tahu tempat untuk mencari sumber maklumat yang akan digunakan. Maklumat yang diperlukan oleh pelajar boleh didapati di tempat-tempat tertentu seperti perpustakaan. Pelajar perlu mengetahui cara untuk mendapatkan sumber maklumat di tempat tersebut dengan meminta bantuan dari guru atau pembantu perpustakaan. Maklumat boleh diperolehi melalui susunan huruf, indek, cakera padat, atau melalui enjin pencarian. Pelajar boleh mengetahui maklumat yang diperlukan dengan menggunakan kata kunci yang telah dicatat oleh pelajar.

Langkah ke empat : Use of Information (penggunaan maklumat)

Pelajar perlu mengetahui bentuk maklumat dari sumber yang diperolehi sama ada maklumat tersebut bersesuaian dengan tugasan yang dibuat. Maklumat yang diperolehi juga boleh mencetuskan idea baru serta membantu mendapatkan sumber yang lain. Selain itu pelajar juga perlu menentukan maklumat tersebut merupakan format yang diperlukan mereka. Sebelum memulakan membuat tugasan, pelajar perlu memahami maklumat serta menentukan maklumat yang boleh digunakan untuk menyiapkan tugasan mereka. Maklumat tersebut juga boleh memberi idea tambahan kepada mereka dari segi mengecilkan lagi tajuk (memberi fokus kepada kajian atau meluaskan tajuk kajian).

Terdapat beberapa cara untuk mengeluarkan maklumat dari sesuatu bahan bergantung kepada jenis bahan tersebut. Di antara cara mengeluarkan maklumat ialah melalui catatan nota, salinan, mencetak, rakaman video, rakaman, temubual mangambil gambar, mengimbas dan lukisan. Pelajar perlu memilih maklumat yang paling utama dari sumber tersebut untuk menyiapkan tugasan mereka.

Langkah Ke-lima : Synthesis ( Menggabungkan maklumat )

Setelah memperolehi semua maklumat yang sesuai, pelajar seterusnya merancang cara untuk menggabungkan maklumat tersebut untuk mula menulis karangan atau tugasan. Sebelum menyiapkan tugasan, pelajar perlu menentukan format persembahan untuk tugasan mereka. Pelajar perlu mengumpulkan semua bahan untuk membantu mereka menyiapkan tugasan tersebut. Pelajar memerlukan masa untuk membuat rangka karangan ( kerja ) sebelum mengemaskini salinan yang akhir.

Langkah Ke-enam : Evaluation ( penilaian )

Setelah selesai menyiapkan tugasan pelajar perlu menilai hasil kerja mereka. Pelajar sendiri adalah orang pertama yang menilai hasil kerja mereka. Pelajar juga boleh meminta bantuan rakan sekelas atau ahli keluarga untuk menilai tugasan mereka untuk mendapat hasil tugasan yang terbaik. Pelajar boleh menyemak semula soalan tugasan dan pastikan mereka telah menyiapkan semua bahagian serta mengikut susunan yan betul. Pelajar juga perlu memastikan nama pelajar, nama guru, tarikh dan tajuk ditulis pada kertas kerja yang telah disiapkan.

Penilaian bergantung kepada kriteria yang berbeza. Sebahagian kriteria penilaian telah ditulis oleh guru dalam tugasan. Terdapat juga kriteria penilaian yang dikira dari segi keberkesanan sesuatu karya seperti puisi dan poster. Terdapat beberapa kriteria biasa yang boleh digunakan untuk menilai sendiri tugasan iaitu menyemak ejaan, mengikut format yang betul, catatan rujukan dan kenyataan tentang kertas kerja. Setelah membuat penilaian, pelajar bolehlah menghantar tugasan sebelum tarikh akhir.

Kesimpulan.

Model The Big6 adalah salah satu model yang sesuai digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Langkah-langkah dalam model ini merupakan proses yang membantu murid menguasai kemahiran yang dipelajari.

4 (c) Mengikut pendapat anda, apakah model The Big6 sesuai diaplikasikan untuk mata pelajaran major anda? Jelaskan

Pada pendapat saya, model The Big6 sangat sesuai diaplikasikan dalam pelajaran major saya iaitu Pendidikan Islam. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan model the big6 ini sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menggunakan Kaedah di dalam model The Big6 membantu guru Pendidikan Islam melahirkan murid yang mahir mencari maklumat yang diperlukan dalam pembelajaran mereka. Murid mampu berusaha untuk meneroka pelbagai maklumat secara terancang dan bersistematik. Murid mempunyai kemahiran menggunakan sumber-sumber mendapatkan maklumat seperti di perpustakaan, melalui internet, media cetak, kamus Indeks buku dan glosari. Keadaan ini dapat membantu guru dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar. Murid lebih mudah memahami pengajaran guru melalui maklumat yang mereka perolehi dari sumber-sumber tersebut.

Penggunaan ”Brainstorming” iaitu percambahan minda dalam model ini membuatkan model ini sangat sesuai diaplikasikan dalam pelajaran Pendidikan Islam. Dalam pelajaran Aqidah, guru boleh menggunakan kaedah dalam model ini untuk menerangkan maksud ”Beriman Kepada Allah”. Guru boleh meminta murid secara berkumpulan mencari maklumat yang membuktikan Allah Maha Berkuasa.

Dalam pelajaran Sirah, guru boleh menggunakan Model ini untuk membimbing murid-murid mencari maklumat tentang Sirah Nabi Muhammad SAW. Murid dibimbing mencari maklumat tentang Nabi Muhammad di dalam Al Quran serta melalui buku-buku Sejarah Islam di perpustakaan. Melalui langkah ke-empat dalam Model ini, murid diajar cara mendengar dan mencatat nota yang diperolehi.

Melalui langkah-langkah yang terdapat dalam model ini, murid diberi bimbingan tentang kaedah yang betul dan tepat untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang sesuai untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Murid yang menjadikan Model The Big6 ini sebagai panduan untuk menyiapkan tugasan mereka akan dapat menghasilkan tugasan yang baik.

4 (c) Aplikasi Model The Big6 dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam.

Pada pendapat saya, model The Big6 sangat sesuai diaplikasikan dalam pelajaran major saya iaitu Pendidikan Islam. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan model The Big6 ini sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Menggunakan Kaedah di dalam model The Big6 membantu guru Pendidikan Islam melahirkan murid yang mahir mencari maklumat yang diperlukan dalam pembelajaran mereka. Murid mampu berusaha untuk meneroka pelbagai maklumat secara terancang dan bersistematik. Murid mempunyai kemahiran menggunakan sumber-sumber mendapatkan maklumat seperti di perpustakaan, melalui internet, media cetak, kamus Indeks buku dan glosari. Keadaan ini dapat membantu guru dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar. Murid lebih mudah memahami pengajaran guru melalui maklumat yang mereka perolehi dari sumber-sumber tersebut.

Penggunaan ”Brainstorming” iaitu percambahan minda dalam model ini membuatkan model ini sangat sesuai diaplikasikan dalam pelajaran Pendidikan Islam. Dalam pelajaran Aqidah, guru boleh menggunakan kaedah dalam model ini untuk menerangkan maksud ”Beriman Kepada Allah”. Guru boleh meminta murid secara berkumpulan mencari maklumat yang membuktikan Allah Maha Berkuasa. Murid-murid diberi bimbingan oleh guru untuk menyiapkan tugasan mereka berpandukan kepada langkah-langkah yang terdapat dalam model The Big6.

Model ini boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran Sirah. Melalui langkah-langkah dalam model ini, guru boleh membimbing murid untuk mencari maklumat tentang Sirah Nabi Muhammad SAW. Murid dibimbing mencari maklumat tentang Nabi Muhammad di dalam Al Quran serta melalui buku-buku Sejarah Islam di perpustakaan. Melalui langkah ke-empat dalam model ini, murid diajar cara mendengar dan mencatat nota yang diperolehi.

Melalui langkah-langkah yang terdapat dalam model ini, murid diberi bimbingan tentang kaedah yang betul dan tepat untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang sesuai untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Murid yang menjadikan Model The Big6 ini sebagai panduan untuk menyiapkan tugasan mereka akan dapat menghasilkan tugasan yang baik.

Kesimpulan

Model The Big6 bukan sahaja sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, malah model ini juga sesuai untuk semua mata pelajaran. Selain itu model the Big6 ini boleh digunakan oleh individu untuk mengatasi masalah atau menyelesaikan tugasan mereka setiap hari.

No comments: