Wednesday, February 22, 2012

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Asas Ulum Syariah 'Aqidah

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Asas Ulum Syariah 'Aqidah

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam

Bidang : 'Aqidah

Tahun : 6 Amin

Bilangan Murid : 30 orang

Masa : 60 minit

Tajuk : Perkara-perkara yang membatalkan iman

Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari rukun iman

Kaedah : Penerangan, sumbangsaran dan soal jawab

Gabungjalin : Membaca dan memahami

Penyerapan : Sirah, Ibadat

Nilai murni : Taat kepada perintah Allah dan menghindarkan

Daripada melakukan perkara yang dilarang.

Kemahiran berfikir : Mengenal pasti dan memberi tefleksi tentang

Isu-isu utama yang diperkatakan dalam perkara

Yang membatalkan iman.

Sumber / Media : gambar, carta, LCD, lembaran kerja.

Hasil Pembelajaran : Aras 1 : Murid mengetahui dan dapat menyebut

maksud batal iman.

Aras 2 : Murid dapat menyenaraikan perkara-

. perkara yang membatalkan iman.

Aras 3 : Murid dapat menyebut contoh perbuatan

yang boleh membatalkan iman.

Langkah

Isi Kandungan

Aktivit Pengajaran dan Pembelajaran

Alat

Pendahuluan

3 minit

Doa belajar

Murid membaca doa secara kelas

Set induksi

4 minit

Senarai rukun Iman

Guru menyoal murid tentang rukun Iman

Murid menyebut rukun iman satu persatu.

11

Langkah

Isi Kandungan

Aktivit Pengajaran dan Pembelajaran

Alat

Langkah 1

10 minit

Perkara-perkara yang

membatalkan iman :

-syirik

-kufur

-riddah

-khurafat

-sihir

-nifak

Guru menerangkan tentang perkara-perkara yang membatalkan iman

Murid mendengar penerangan guru, dan mencatat di kertas.

Carta perkara- yang membatalkan iman.

-LCD

Langkah 2

15 m

Huraian tentang perkara-perkara yang membatal-

kan iman mengikut tajuk:

( 3 perkara )

-syirik : mempersekutukan menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya ( perbuatan-Nya).

-khurafat : kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama sedangkan perkara tersebut bertentangan dengan agama.

- sihir : ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia.

1.Guru menerangkan tentang maksud bagi setiap perkara yang membatalkan iman berbantukan gambar yang dipetik dari video. di internet.

2.Guru memberi peluang kepada murid untuk menyoal tentang video yang disaksikan.

3.Murid menyoal guru tentang perkara yang mereka kurang faham mengenai video serta

perkara-perkara yang membatalkan iman.

4.Guru menyoal murid secara

lisan tentang video dan

gambar.

http://www.youtube.com/watch?

http://www.youtube.com/watch?v=Ykis6Sx0CA&feature=related

-gambar tangkal

,

vvv

Langkah

Isi Kandungan

Aktivit Pengajaran dan Pembelajaran

Alat

Langkah 3

15 minit

Dalil-dalil tentang larangan syirik dan khurafat.

Dari Abu Hurairah R.A Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud: “Tidak ada jangkitan ( yang berlaku tanpa izin Allah ), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar

( seperti yang dipercayai ).”

Contoh-contoh perbuatan

syirik, khurafat dan sihir.

-meminta perlindungan dari kubur, pokok besar.

- melihat arah terbang burung sebagai panduan untuk memulakan perjalanan.

- ilmu hitam,

-Guru membacakan dalil hadis tentang larangan mengamalkan khurafat yang dipaparkan di LCD

-Murid membaca dalil hadis mengikut bacaan guru dan membaca maksud hadis.

-Berpandukan video dan gambar dan hadis yang telah disaksikan murid, guru meminta murid menyebut contoh-contoh perbuatan dan mengkategorikan perbuatan tersebut.

- Murid dibahagikan kepada kumpulan terdiri daripada 4 orang.

- Setiap kumpulan diminta untuk mencatat amalan atau perkara yang membatalkan iman mengikut kategori.

- Murid mencatat dan membacakan hasil kerja kumpulan mereka.

-LCD

-kertas putih.

-pen marker.

mmm

Langkah

Isi Kandungan

Aktivit Pengajaran dan Pembelajaran

Alat

Langkah 4

10 minit

Latihan bertulis tentang

perkara-perkara yang membatalkan iman.

Guru mengedarkan lembaran kerja dan memberi penerangan tentang latihan

Latihan meliputi :

-isi tempat kosong.

-penyataan salah / betul

Murid menjawab soalan secara individu..

Guru meminta agar murid bertukar soalan sesama mereka kemudian guru menerangkan jawapan yang betul sambil murid-murid menanda jawapan rakan mereka.

Lembaran kerja.

Penutup

3 minit

Ulasan dan kesimpulan tentang tajuk :

-setiap Muslim hendaklah mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh yang menyebabkan terbatal iman.

Guru memberi ulasan dan membuat rumusan tentang tajuk yang telah dipelajari.

No comments: