Wednesday, February 22, 2012

MEMAHAMKAN PELAJAR TENTANG KONSEP ISLAM ITU MUDAH

1. Sebagai seorang guru, di dalam memahamkan pelajar tentang konsep “Islam Itu Mudah”, huraikan cara- cara bagaimanakah konsep ini boleh dijelaskan melalui pengajaran dan pembelajaran ibadat.

Pendahuluan.

Menurut prinsip Islam, semua perintah, tanggungjawab dan bebanan adalah dibuat dan dilaksanakan mengikut keupayaan manusia. Allah tidak membebankan hambaNya melainkan dalam lingkungan kemampuan manusia. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah; ayat 185,

……3 ߃̍ムª!$# ãNà6Î/ tó¡ãŠø9$# Ÿwur ߃̍ムãNà6Î/ uŽô£ãèø9$# ……..

…….Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu……..

Islam adalah agama yang mudah. Mudah dalam erti kata dapat dilaksanakan di semua tempat, sesuai pada setiap masa dan bertepatan dengan fitrah kejadian manusia. Umat Islam dilarang dari suka mempersoal dan mempertikaikan suruhan dan larangan Allah kerana perkara ini akan mengakibatkan segala perintah dan larangan Allah itu menjadi sukar bagi individu tersebut.

Rasullullah S.A.W. juga bersabda bagi memperjelaskan lagi perkara ini, melalui hadisnya yang telah diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi yang bermaksud : "Sesungguhnya Islam itu mudah…"

Ÿw ß#Ïk=s3ムª!$# $²¡øÿtR žwÎ) $ygyèóãr 4 $ygs9 $tB ôMt6|¡x. $pköŽn=tãur $tB ôMt6|¡tFø.$# 3 ……………

286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya….…..

Ibn Taimiyyah menyatakan dalam ayat ini terkandung pengertian bahawa setiap perintah dan larangan Allah adalah sesuai dengan kemampuan manusia, Allah tidak pernah memerintahkan sesuatu diluar batas kemampuan manusia. Ini membuktikan bahawa setiap perintah dan larangan Allah berlaku dalam situasi lapang dan mudah bagi hamba-Nya melaksanakannya.

Menjadi kewajipan setiap pendakwah atau ulama terutamanya guru untuk memberi penjelasan kepada umat Islam bahawa ajaran Islam itu adalah mudah. Konsep Islam itu mudah boleh dijelaskan oleh guru dalam menyampaikan pengajaran ibadat di sekolah.

Bagi menjelaskan konsep Islam itu mudah menerusi pengajaran dan pembelajaran ibadat, guru boleh melaksanakan beberapa langkah:

1-Mengenalpasti tajuk-tajuk dalam pelajaran ibadat yang boleh dikaitkan dengan konsep.

2.Menghuraikan tajuk-tajuk tersebut secara terperinci untuk kefahaman pelajar.

3.Menjelaskan kepada pelajar tentang cara mempraktikkan ibadat yang dipelajari.

4.Menerangkan tentang hikmah rukhsah yang diberikan Allah kepada hamba-Nya.

Tajuk-tajuk dalam penyampaian mata pelajaran ibadat.

Guru perlu mengenalpasati tajuk-tajuk yang sesuai dalam pelajaran ibadat yang akan disampaikan kepada pelajar bagi menjelas konsep ini. Konsep Islam itu mudah boleh dijelaskan melalui pengajaran dan pembelajaran ibadat. Bagi memberi kefahaman kepada pelajar, guru boleh menjelaskan konsep ini semasa menyampaikan pengajaran dan pembelajaran Ibadat yang berkaitan dengan rukun Islam seperti solat, puasa dan haji.

Melaksanakan ketiga-tiga kewajipan ini memerlukan setiap umat Islam melakukannya dengan cara yang sempurna sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. Namun Islam itu tidak pernah menyusahkan umatnya. Allah memberikan keringanan iaitu “rukhsah” kepada hamba-Nya yang menghadapi masalah untuk melaksanakan ibadat ini.

Semasa menyampaikan pengajaran dan pembelajaran ibadat, guru akan menjelaskan satu persatu cara melakukan ibadat yang merupakan rukun Islam seperti solat, puasa dan haji. Penyampaian guru bagi menjelaskan konsep ini adalah lebih berkesan sekiranya disampaikan mengikut perkara-perkara rukun Islam.

Mendirikan solat.

Solat ialah rukun Islam kedua yang wajib didirikan bagi setiap umat Islam yang cukup syarat. Solat tidak boleh ditinggalkan walau dalam apa keadaan sekali pun. Solat perlu didirikan dengan sempurna sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. Walaubagaimanapun ada ketika umat Islam mengalami kesukaran untuk mendirikan solat kerana beberapa kekangan seperti sakit, dalam perjalanan dan tidak mempunyai air untuk berwuduk.

Sebelum mendirikan solat, sesorang itu perlu memastikan mereka suci pada tubuh badan, pakaian dan tempat. Bersuci atau berwuduk sebelum solat memerlukan air untuk melaksanakannya. Bagi umat Islam yang benar-benar menghadapi masalah ketiadaan air atau tidak boleh terkena air kerana sakit boleh menggantikan wuduk dengan bertayammum.

Guru boleh menjelaskan kepada pelajar bahawa Islam tidak pernah membebankan hambanya untuk melakukan ibadat. Guru seterusnya menyampaikan pengajaran kepada pelajar perkara-perkara yang berkaitan dengan tayammum.

Langkah pengajaran bertayammum.

Guru perlu menjelaskan kepada pelajar tentang fungsi tayammum sebagai menggantikan wuduk untuk memberi kemudahan kepada umat Islam yang menghadapi masalah. Guru seterusnya memberi penerangan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan tayammum. Pengajaran guru hendaklah jelas dan tersusun agar pelajar benar-benar dapat memahami konsep tayammum

PENGERTIAN TAYAMMUM

  • Tayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan dengan syarat yang tertentu. Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu’ atau mandi wajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara‘ kepada manusia.
  • Semua ibadah atau amalan ta‘at yang perlu kepada bersuci (taharah) seperti sembahyang, menyentuh mushaf, membaca Al-Qur’an, sujud tilawah dan beri‘tikaf di dalam masjid adalah boleh bersuci dengan tayammum sebagai ganti wudhu’ dan mandi, kerana amalan yang diharuskan taharah dengan air adalah diharuskan juga dengan tayammum.

Melalui pengertian tayammum, guru boleh menjelaskan kepada pelajar betapa Islam begitu memudahkan umatnya untuk terus melakukan ibadat walaupun dalam keadaan yang sulit. Guru seterusnya menjelaskan tentang perkara-perkara penting yang berkaitan dengan tayammum.

Sebab yang membolehkan tayammum

1. Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu’ atau mandi.

2. Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan, sekalipun keperluan itu pada masa akan datang.

3. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh.

Syarat tayammum

1. Menggunakan debu tanah yang suci, tidak musta‘mal, tidak bercampur benda lain.

2. Menyapu muka dan dua tangan dengan dua kali pindah.

3. Hilang najis terlebih dahulu.

4. Masuk waktu sembahyang.

5. Bertayammum bagi setiap ibadat fardhu.

6. Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air.

Anggota tayammum

1. Muka.

2. Dua belah tangan hingga siku.

Rukun tayammum

1. Berniat ketika menyapu debu tanah ke muka. Niat tayammum adalah seperti berikut:


Maksudnya:
“Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala.”

2. Menyapu muka.

3. Menyapu kedua-dua belah tangan.

4. Tertib.

Setelah menerangkan tentang tayammum, guru menjelaskan tentang solat yang merupakan fardu ain bagi umat Islam. Oleh kerana solat adalah merupakan ibadat yang tidak boleh ditinggalkan, maka Islam memberi kelonggaran dalam beberapa situasi dan keadaan tertentu Terdapat umat Islam yang menghadapi kesukaran untuk mendirikan solat disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, seperti sakit atau uzur dan mereka dalam perjalanan iaitu musafir.

.Jika kita musafir (dalam perjalanan dengan tujuan yang baik dan diluluskan hukum syarak), dan perjalanan itu melebihi 2 marhalah (lebih 91 KM), maka bolehlah kita menjamak dan mengqasarkan solat kita. Begitu juga apabila kita sedang sakit, kita boleh mengerjakan solat secara duduk, berbaring, mengiring atau pun menggunakan isyarat.

Untuk menjelaskan konsep Islam itu mudah, melalui pengajaran dan pembelajaran tentang solat, guru perlu menerangkan dengan jelas tentang rukhsah atau keringanan bagi umat Islam yang menghadapi kesukaran untuk mendirikan solat.

Islam mewajibkan solat walaupun ketika sakit bukan untuk menyusahkan umatnya tetapi disebabkan ibadat solat merupakan ibadat yang sangat penting ;

- Solat adalah tiang agama, sebagaimana maksud hadis Nabi S.A.W.

“Solat adalah tiang agama. Sesiapa yang menunaikan solat maka dia mendirikan agamanya, manakala sesiapa yang meninggalkan solat maka dia meruntuhkan agamanya.”

Hadis riwayat muslim

- Ibadat solat difardukan melalui wahyu secara langsung kepada Nabi Muhammad S.A.W semasa peristiwa Israk dan Mi’raj tanpa perantaraan Jibril a.s. seperti ibadat-ibadat lain.

- Ibadat solat merupakan perkara pertama yang akan dinilai semasa hisah di Padang Mahsyar.

- Ibadat solat merupakan perintah yang telah ditetapkan dan wajib ditunaikan pada waktu-waktu yang telah ditetapkan.

- Solat merupakan penghubung yang berterusan di antara manusia dengan penciptanya iaitu Allah s.w.t.

Semasa menyampaikan pengajaran ibadat menerangkan konsep Islam itu mudah, guru perlu menerangkan dengan teliti cara-cara solat ketika sakit. Pengajaran tentang cara solat ketika sakit perlu disertakan dengan kaedah tunjukcara bagi memberi kefahaman kepada pelajar tentang konsep ini.

1. Solat sambil duduk.

- Keadaan duduk adalah seperti duduk antara dua sujud
- Mengadap kiblat
- Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa

- Rukuk dilakukan dgn menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud

- Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula

- Sujud spt biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dgn menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.

2. Solat baring mengiring.

- mengiring di atas rusuk kanan

- muka dan dada mengadap kiblat

- Rukuk dan sujud dilakukan dgn cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dgn menundukkan kepala lebih rendah drp ketika rukuk.

- Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.



3. Solat baring menelentang.

- baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat

- tinggikan sedikit kepala dgn menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat


- Rukuk dan sujud dgn isyarat kelopak mata spt dalam suasana solat mengiring di atas
- Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dgn cara lintasan (niat) di hati dgn mengingati setiap perbuatan dlm solat

- Tangan diangkat spt biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dgn ucapan Allahu Akbar sahaja.

4.Isyarat kelopak mata.

- Berbaring dalam keadaan telentang.

- Kaki menghala kea rah kiblat

- rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata.

- sujud dilakukan dengan memejamkan mata.

5.Ingat dalam hati.

- Menggerakkan ingatan di dalam hati mengikut tertib solat.

Hikmah Rukhsah Solat.

Terdapat beberapa hikmah disebalik Islam memberikan rukhsah atau keringanan solat ketika seseorang Islam sakit:

1. Islam agama mudah yang dapat dibuktikan melalui kelonggaran melakukan ibadat solat sekiranya seseorang itu sakit. Solat boleh dilakukan secara duduk, mengiring, telentang dan cara yang termampu dilakukan oleh seseorang.

2. Keringanan atau rukhsah yang diberikan Islam kepada umatnya dapat mengelakkan umatnya daripada mengabaikan ibadat solat yang sangat penting.

3. Rukhsah yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya menunjukkan kasih saying Allah kepada hamba-hamba-Nya yang taat kepada perintah-Nya.

4. Rukhsah solat diberikan oleh Allah untuk memberi peluang kepada hamba-Nya untuk terus melakukan ibadat walau dalam apa jua keadaan yang dihadapi mereka.

5. Melalui ketaatan menunaikan solat dalam keadaan susah ini menjadikan individu Islam itu sentiasa dekat kepada Allah yang menciptanya.

Ibadat Puasa.

Konsep Islam itu mudah boleh dijelaskan melalui tajuk ibadat puasa. Ibadat puasa dakam bulan Ramadhan merupakan fardu ain iaitu wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam yang cukup syarat. Sebagaimana dalam ibadat solat, Allah S.W.T. telah memberikan rukhsah dalam ibadat puasa supaya umat Islam dapat meringankan beban yang ditanggung mereka semasa menghadapi bulan Ramadhan.

Guru perlu menjelaskan kepada pelajar bahawa, keringanan meninggalkan puasa di bulan Ramadhan diharuskan dengan syarat-syarat tertentu yang wajib dipatuhi setiap umat Islam. Guru seterusnya menyenaraikan golongan yang diharuskan tidak berpuasa pada bulan Ramadhan.

Harus berbuka puasa.

Orang yang diharuskan berbuka puasa adalah seperti berikut:

1. Orang sakit

Orang sakit sekiranya ia berpuasa juga akan menambahaka kesakitannya atau melambatkan sembuh penyakitnya, boleh meninggalkan puasa dengan syarat wajib mengqadha’kan ( menggantikannya) setelah ia sihat.

2. Musafir.

Orang yang musafir dengan tujuan yang baik yang diharuskan oleh syarak. Mereka diharuskan berbuka puasa dengan syarat jarak perjalannya melebihi dua marhalah ( kira-kira 89km). Puasa yang ditinggalkan wajib dighada’.

3. Hilang keupayaan untuk berpuasa

Orang tua yang uzur, orang yang lemah keranan penyakit yang tidak ada harapan untuk sembuh atau kerana semulajadinya lemah, diharuskan berbuka atau tidak berpuasa langsung. Bagi hari-hari yang ditinggalkan, wajih dibayar fidya dengan makanan asasi satu hari satu cupak deberi kepada fakir miskin. Mereka tidak wajib mengqadha’kan puasa yang ditingggalkan tetapi hanya memadai dengan membayar fidyah sahaja.

4. Hamil

Perempuan yang sedang hamil dan bimbang jika ia berpuasa akan membahayakan dirinya,diharuskan berbuka tetapi wajib mengqadha’ puasa yang ditinggalkan. Sekiranya ia bimbang membahayakan kandungannya, harus baginya berbuka puasa tetapi wajib qadha’ serta membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkan.

6. Ibu yang menyusukan.

Ibu Yang menyusukan anak harus berbuka puasa jika ia bimbang dengan berpuasa akan memudharatkan dirinya, Ia wajib qadha’ bagi puasa yang ditinggalkan. Sekiranya ia berbuka puasa kerana bimbang memudharatkan bayi yang disusuinya sepeti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayi, maka ia wajib qadha’ puasa yang ditinggalkannya beserta membayar fidyah setiap hari puasa yang ditinggalkannya.

Guru perlu menerangkan kepada pelajar tentang syarat bagi orang sakit untuk berbuka puasa. Sekiranya seseorang pesakit menderita kesakitan dia perlu mendapat nasihat doktor pakar beragama Islam untuk menentukan sama ada boleh berpuasa ataupun sebaliknya

Rukhsah dalam ibadat Haji.

Langkah seterusnya ialah, guru menjelaskan tentang rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh Allah dalam ibadat Haji. Guru perlu menjelaskan kepada pelajar tentang perkara-perkara dalam ibadat haji yang diberi rukhsah semasa mengerjakan ibadat haji.

Ibadat haji merupakan rukun Islam yang ke lima yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam yang cukup syarat melaksanakannya. Allah member keringanan kepada hamba-Nya yang menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan untuk mengerjakan ibadat haji. Orang yang tidak mampu boleh mengupah orang lain untuk melaksanakan ibadat haji yang disebut sebagai badal haji. Ketidakmampuan yang disyaratkan ini hendaklah sesuatu yang dijangka akan berterusan sehingga seseorang yang wajib melakukan ibadat haji itu meninggal dunia.

Syarat-syarat Mewajibkan Badal Haji (Al-Ihjaj)

Badal Haji hanya dapat dilaksanakan bagi pihak mereka yang disahkan tidak mampu melaksanakan ibadat haji menurut syarak. Ketidakmampuan ini merangkumi perkara-perkara berikut:

i) meninggal dunia;

ii) dikurung (dipenjara atau sebagainya);

iii) dihalang;

iv) menghidap penyakit yang tidak akan sembuh;

v) mengalami kecacatan fizikal seperti buta (jika ia tidak mampu mengadakan pemandu).

vi) usia tua yang tidak mampu melakukan ibadat haji dan menempuh perjalanan yang jauh.

Penerangan guru tentang ibadat haji, dijelaskan lagi dengan keringanan yang diberikan oleh Islam semasa seseorang itu sedang mengerjakan haji. Seseorang itu diharuskan mengupah individu lain melakukan kerja haji seperti melontar di jamrah sekiranya dia mempunyai keuzuran dan tidak berdaya melakukan kerja tersebut.

Kesimpulan.

Semasa menyampaikan pengajaran ibadat bertujuan mengaitkan dan menjelaskan bahawa Islam itu mudah, guru perlu sentiasa mengadakan soal jawab dengan pelajar untuk mengetahui sama ada pelajar benar-benar memahami konsep tersebut. Pengajaran dan pembelajaran ibadat yang disampaikan oleh guru akan lebih berkesan melalui kaedah tunjukcara yang dilakukan oleh guru atau pelajar. Guru juga boleh menggunakan video atau mengambil dari internet mengenai tajuk-tajuk berkaitan sebagai bahan bantu yang berkesan untuk kefahaman pelajar.

Melalui contoh-contoh yang diberikan di atas, ternyatalah, Islam itu mudah. Ia akan menjadi sukar jika kita terlalu ekstrim dalam mengamalkannya. Penekanan bersederhana penting dalam ibadah di samping meletakkan prinsip istiqamah sebagai teras. Keterlaluan dalam ibadah tanpa mempunyai sandaran dan nas yang kukuh atau hanya sekadar ikut-ikutan akan menyebabkan ia membelenggu kita yang akhirnya menyebabkan kita terus meninggalkan ibadah tersebut

No comments: